Advertisement

CIRI-CIRI LELAKI YANG DIIDAMKAN UNTUK DIJADIKAN SUAMI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera…





Ahad malam yang lalu sewaktu menjadi fasilitator untuk satu program pelajar sekolah, kami semua bermain satu permainan. Permainan ‘Kotak Beracun’. Tahu tak permainan itu? Siapa tak tahu sila tanya pakcik Google ek! Atau boleh terus baca di SINI... 

Kebanyakan soalan dan cabaran yang pelajar-pelajar ni reka pelik-pelik. Eh, tak ada la pelik pun, biasa je la tu... Suruh cium pokok la, lakonkan watak kamen rider la… Aish budak-budak ni… Dah sekolah menengah tu buatlah cara sekolah menengah. Rekalah soalan yang mencabar sikit… Tema pun pasal alam sekitar kan??? Hukhuk... 

Tapi ada seorang pelajar ni dapat soalan cepumas la! Dan masih lari dari tema, tapi tak apa la. Layan je... Soalannya ialah: 


“Apakah ciri-ciri lelaki yang anda idamkan untuk dijadikan suami?” 


Okay, Cik TK tak mahu cerita pasal apa pelajar tu jawab. Dalam entri ini Cik TK nak beritahu apa yang Cik TK akan jawab sekiranya soalan macam ini diajukan pada Cik TK. Sebelum ini Cik TK tak pernah pun terfikir nak bakal suami yang macam mana. Lepas dengar soalan tu, barulah Cik TK terfikir pasal ni… Maka Cik TK pun terberangan-anganlah nak kahwin… Hey Cik TK! Gatal nak kahwin dah ke??? Hehe~ Berikut adalah jawapan Cik TK: 

Beriman 
Bahagian ini mestilah diutamakan selain daripada kacak... Jenis yang tidak tinggal solat dan boleh menjadi imam. Ini kerana seorang lelaki haruslah menjadi seorang suami yang sentiasa membimbing isteri dan anak-anak ke jalan yang benar di dunia yang penuh dugaan dan pancaroba ini… 

Penyabar 
Sifat penyabar ini sangatlah penting. Ini kerana perempuan ni sifatnya kadang-kadang tak menentu. Lagi-lagi pada suatu waktu yang pastinya dihadapi oleh para perempuan pada setiap bulan. Sekejap marah, sekejap gembira, sekejap nak mengamuk macam raksasa, sekejap sedih, aish… macam-macamlah. Cik TK pun tak terkecuali juga. Maka sifat penyabar ini penting bagi menghadapi situasi seperti ini. 

Sentiasa tenang 
Sifat ini pun pada Cik TK sangat penting, mesti ada pada diri bakal suami Cik TK. Tidak kiralah apa pun yang berlaku, tidak kiralah masalah apa pun yang dihadapi, dia mestilah sentiasa tenang menghadapi segala-galanya. Mungkin ada yang fikir agak sukar untuk mencari lelaki sebegini. Tapi Cik TK pernah jumpa orang macam ini. Dia orang yang TK suka. Opss! 

Matang walau rupa dan perangai macam budak-budak sikit. hehe 
Pada pendapat Cik TK, lelaki yang matang ni haruslah bijak dalam membuat keputusan, pandai membiasakan diri dalam apa keadaan sekalipun, dan sentiasa berfikir sebelum bertindak. Emm… Lelaki yang matang juga haruslah berfikir bukan hanya untuk diri sendiri, malah untuk kebaikan orang lain. Eh, betul ke matang tu macam ni? Ke salah apa yang Cik TK kata ni? 

Peka dan prihatin 
Kalau boleh, Cik TK nak bakal suami yang agak peka dengan keadaan Cik TK. Sebab Cik TK ni jenis yang agak pendiam dan jenis yang pendam je semua… Apa-apa jadi Cik TK takkan cakap, cuma akan tunjukkan melalui perbuatan. Sebab tu, lelaki itu haruslah peka pada perubahan sifat Cik TK. Hehe~ Dan apabila Cik TK menghadapi masalah, lelaki itu sentiasa berada di sisi Cik TK dan membantu Cik TK menghadapi masalah yang datang. Sekurang-kurangnya memberikan sokongan padu pada Cik TK. Itu pun sudah cukup.


Alamak, rasa macam dah panjang lebar la pula… Baik, Cik TK ringkaskan je lah ye… Ciri-ciri lain termasuklah: 
  • Penyayang
  • bersih dan kemas
  • tidak kedekut dan tidak berkira




Catat Ulasan

0 Ulasan