Khamis, 15 September 2011

DAY 1: LAGU YANG ANDA DENGAR HARI INI

Lagu apa yang Cik TK dengar hari ini ye…? Hurm… Mula-mula Cik TK dengar lagu berbahasa Jepun dari kumpulan DBSK (dari Korea) yang bertajuk “Why Did I Fall In Love With You”… Cik TK sangat suka lagu ni… Lagi-lagi sebab seseorang yang kenalkan lagu ni pada Cik TK dan hantarkannya melalui Skype pada hari jadi Cik TK dua tahun yang lalu…



Sebelum ni Cik TK memang tak berapa nak layan sangat kumpulan dari korea ni… Tapi sejak masuk U ni, Cik TK dikelilingi mereka-mereka yang meminati lagu-lagu Korea dan sejak itu Cik TK pun ikut layan sekali… Dan Cik TK suka lagu-lagu dari kumpulan SS501, dan hari ini Cik TK juga dengar lagu “Deja Vu” dan “Love Ya” nyanyian mereka.


Sejak zaman sekolah menengah lagi Cik TK memang suka dengan bahasa Jepun, maka selalulah mendengar lagu-lagu (J-pop) dan menonton drama-drama dalam bahasa Jepun. Lagu dalam bahasa Jepun yang didengar hari ini ialah “NO. 1” nyanyian kumpulan UVERworld. Sehingga kini Cik TK memang minat dengan kumpulan ini sejak debut pertama mereka (tahun 2005 kalau tak silap), iaitu lagu “D-technoLife” yang dijadikan lagu tema pembukaan kedua bagi animasi Bleach.



Ini saja lagu-lagu yang Cik TK sempat dengar pagi ni…

p/s:

Walau Cik TK ni penggila lagu Jepun, jangan ingat Cik TK tak tahu lagu berbahasa Melayu, Indonesia dan Inggeris ya! Ramai kawan-kawan Cik TK ingat yang Cik TK ni TAK TAHU LANGSUNG lagu-lagu berbahasa Melayu… Huhu~

Lagi dalam CABARAN 30 HARI...

11 ulasan:

  1. haha . ada beberapa buah lagu korea je Tia suka dengar . tu pun dari cite dia . sebab tu suka :)

    BalasPadam
  2. @ Ini Kisah Tia
    haha... betul2... kalau bukan dari cerita pun, yang kawan bukak, then TK dengar dari kawan punya lappy

    BalasPadam
  3. aku kerj akilang Jepun..tiap2 hari tgk orang jepun..hehhe

    BalasPadam
  4. @ Hanif Idrus Blog
    oh... jauhnya keje...

    @ Aku Si Pujangga
    hehe~ setiap orang punya minat yang berlainan...

    BalasPadam
  5. gugu x dgr lagu lg pg nih.. member tgh tdo.. x bukak sound pong ;p

    BalasPadam
  6. @ ..cik gugu..
    o0o0... leh je guna headphone... hehe~

    BalasPadam
  7. freaky tak suka jpop / kpop ni :D

    BalasPadam
  8. @ Freaky
    TK faham... minat semua orang berlainan...

    BalasPadam
  9. aku tengah dgr lagu greenday ni.


    layannn.. AHHAHAHA

    BalasPadam
  10. @ muhammad hanif
    kumpulan lagu punk rock tu ke? hehe~ layan~

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!