Rabu, 21 September 2011

Ahad, 18 September 2011

ADUH... YANG SERONOK JADI TAK SERONOK LA PULAK…!

Sekadar hiasan

Apa pendapat korang apabila berlaku perkara-perkara macam ni?

  • Terima panggilan/sms dari orang yang diminati/disukai tapi rupa-rupanya dia cuma nak minta pinjam assignment. Nak copy la tu kan? NO WAY!!! PERGI BUAT SENDIRI!!!
  • Kelas dibatalkan sebab lecturer ada meeting, tapi dia tinggalkan banyak assignment untuk pelajar-pelajar kesayangannya ini dan mesti dihantar esok! Huhu... sibuk lagi la nampaknya...
  • Kelas hari ini habis awal, jadi dah rancang nak pergi shopping sekejap dengan kawan-kawan. Tiba-tiba lecturer bagi assignment lagi! LAGI!!???
  • Presentation hari ni cancel. Yeah!!! Tapi diganti pula dengan pop kuiz! ALAMAK!!! TAK STUDY LAGI NI...!! 
  • Lab hari ni cancel. Tapi diganti dengan kuliah! 3 jam pula tu~ ADUH~
  • Yeah, cuti! Tiada kelas! Tapi kena siapkan assignment… Lagi~ 
  • Kawan-kawan buat birthday party! (Bukan untuk Cik TK la... Tiap kali birthday time cuti sem... hehe~) Tapi kena simbah dengan air la, tepung la… huhu~ Habis kotor satu aras… Kena bersihkan pula lagi. Kalau tak esoknya makcik cleaner mengamuk! MENAKUTKAN betul waktu dia mengamuk!!
p/s: Hurm… Dah menjadi lumrah seorang pelajar kan… Asyik bergelumang dengan assignment je… Huhu~





Baca Selanjutnya ...

Khamis, 15 September 2011

DAY 1: LAGU YANG ANDA DENGAR HARI INI

Lagu apa yang Cik TK dengar hari ini ye…? Hurm… Mula-mula Cik TK dengar lagu berbahasa Jepun dari kumpulan DBSK (dari Korea) yang bertajuk “Why Did I Fall In Love With You”… Cik TK sangat suka lagu ni… Lagi-lagi sebab seseorang yang kenalkan lagu ni pada Cik TK dan hantarkannya melalui Skype pada hari jadi Cik TK dua tahun yang lalu…



Sebelum ni Cik TK memang tak berapa nak layan sangat kumpulan dari korea ni… Tapi sejak masuk U ni, Cik TK dikelilingi mereka-mereka yang meminati lagu-lagu Korea dan sejak itu Cik TK pun ikut layan sekali… Dan Cik TK suka lagu-lagu dari kumpulan SS501, dan hari ini Cik TK juga dengar lagu “Deja Vu” dan “Love Ya” nyanyian mereka.


Sejak zaman sekolah menengah lagi Cik TK memang suka dengan bahasa Jepun, maka selalulah mendengar lagu-lagu (J-pop) dan menonton drama-drama dalam bahasa Jepun. Lagu dalam bahasa Jepun yang didengar hari ini ialah “NO. 1” nyanyian kumpulan UVERworld. Sehingga kini Cik TK memang minat dengan kumpulan ini sejak debut pertama mereka (tahun 2005 kalau tak silap), iaitu lagu “D-technoLife” yang dijadikan lagu tema pembukaan kedua bagi animasi Bleach.



Ini saja lagu-lagu yang Cik TK sempat dengar pagi ni…

p/s:

Walau Cik TK ni penggila lagu Jepun, jangan ingat Cik TK tak tahu lagu berbahasa Melayu, Indonesia dan Inggeris ya! Ramai kawan-kawan Cik TK ingat yang Cik TK ni TAK TAHU LANGSUNG lagu-lagu berbahasa Melayu… Huhu~

Lagi dalam CABARAN 30 HARI...

Baca Selanjutnya ...

Rabu, 14 September 2011

HURM... DI BAWAH POHON 'SAKURA'...

Tiada kaitan dengan sakura. Source
Di bawah rimbunan pohon yang rendang, ditambah pula dengan daun-daun yang berguguran, terasa bagaikan berada di bawah pohon sakura yang berguguran daunnya, melihat pelbagai kelibat manusia-manusia yang berlalu-lalang di hadapanku.

Ada yang kurus, ada yang berisi, ada yang tinggi, ada yang rendah, mereka berjalan dengan pelbagai gaya... 

Yang lelaki, ada yang segak kemas mengenakan kemeja, ada yang bergaya dengan rambut terpacak-pacak, malah ada juga yang hanya mengenakan seluar jean, t-shirt dan sandal sahaja.

Bagi kaum perempuan pula, begitu ramai yang cantik bersolek, ada juga yang berselendang bergaya seperti Hana Tajima, ada yang manis berbaju kurung, dan tidak lupa juga kepada mereka yang bergaya mengikut fesyen masa kini...

Semuanya ke arah destinasi yang dituju... Ada yang ke dewan kuliah, ada yang ke makmal, dan malah ada yang ke kaunter fakulti.

Dan Cik TK? Masih duduk bersantai di bawah rimbunan pohon yang rendang ini bersama beberapa orang rakan seperjuangan sambil menikmati tiupan angin yang nyaman dalam keadaan ke-BOSAN-an, membuang waktu yang berharga ini menanti kelas seterusnya...

p/s:
Masih berusaha mengadaptasikan diri dengan keadaan baru... Dengan asrama baru yang jauh dan waktu bas yang tidak menentu... kelas jam 12 tengah hari, kena naik bas jam 9.45 pagi, tiba di kampus kira-kira jam 10.20 pagi... Library penuh, kafe-kafe sesak, mana lagi nak lepak...? Huhu~ 

Alangkah bagusnya kalau Cik TK ada kereta... Urm, ada sesiapa nak sponsor?





Baca Selanjutnya ...

Ahad, 11 September 2011

BERLAGAK ATAU MINTA PENYEPAK?

Bermulanya semester baru hari ini (di negeri Pantai Timur ni mula hari Ahad ya!), pastinya kita bertemu semula dengan kawan-kawan yang kita sudah lama tidak jumpa kan, tidak kira yang sama kelas atau pun tidak… Dalam waktu cuti 4 bulan yang lalu bukan semuanya dapat berhubung kan? Malah waktu cuti ada yang terus lesap, tiada khabar berita…

Apabila bertemu semula, pastinya banyak yang ingin dibualkan... Betul tak? Biasanya perkara yang dibualkan adalah mengenai keputusan peperiksaan yang lepas, mengenai sambutan raya yang baru sahaja berlalu, dan sebagainya…

Memang seronok berbual mengenai perkara-perkara sebegini.

Tetapi, adakah seronok jika berlakunya situasi seperti di bawah ini?



Situasi 1:

A: Weyh, final hari tu ko dapat brape ek?
B: Urm, ok la... Biasa-biasa je… (Tak berminat nak cakap pasal result)
A: Ko tau, aku punya result teruk dowh! Menurun sikit la… Mak bapak aku marah aku pasal result aku menurun…!
B: Ko kan pandai! Selalu result gempak punye…! Takkan jatuh teruk kot?
A: Beza 0.3 je banding sem sebelumnya…

Aduh~ Beza sikit je tu… Cik TK pun tak faham kenapa nak kecoh sangat pasal ni~? Orang lain dapat lagi teruk dari itu tak kata apa-apa pun…

Situasi 2:

G: J, raya hari tu cam ne?
J: Macam biasa je… Setiap tahun macam tu la…
G: Oh, ye ke? Aku pulak kan, ada baju raya 5 pasang, pastu kasut raya 2 pasang. Ko tau, aku dengan mak aku sempat wat 3 jenis biskut raya, bla bla bla bla…. Pastu aku dapat duit raya sampai 376 ringgit! Aku rancang nak beli bla bla bla bla…

Waktu dengar perbualan kawan-kawan Cik TK ni, Cik TK rasa macam tengah dengar seorang budak sekolah rendah yang seronok bercerita pengalaman raya… Haha! Tapi rasa agak annoying la juga sebab dia bercakap tak henti-henti, dan rasa macam dia nak berlagak pun ada juga…

Situasi 3:

C: Ko tau, 4 bulan aku cuti aku rasa badan aku ni macam dah gemok sangat dah… Tu la, kat rumah asyik makan je keje aku… Semalam aku timbang naik 2.1 kg tau. huhu~ Lepas ni aku nak diet la…
B: Ko tu kurus macam lidi la weyh! Gemok amendenya!?

Part ni Cik TK tak berapa faham… Badan sudah kurus, cantik tapi masih mengatakan bahawa mereka itu gemuk. Adakah mahu rupa macam tulang rangka baru nak kata kurus!? Ke dia ni nak kata yang Cik TK ni gemuk!? Mentang-mentang la Cik TK ni berisi banyak terlebih berat sikit..! 



Jadi macam mana? Cik TK tak tahulah nak kelaskan mereka ni dalam golongan yang macam mana… Apa yang Cik TK tahu, mereka ni cakap macam ni pasal nak minta penyepak free... Setuju?

p/s: Semester baru bermula, maka bermulalah cabaran yang baru dan lebih mencabar... 


Baca Selanjutnya ...

Khamis, 1 September 2011

MUDAH BAGI MEREKA YANG TIDAK SUKA PADA KERUMITAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian...

Pada masa kini pasti begitu ramai yang suka mengambil gambar, memandangkan kewujudan kamera digital dan kamera pada telefon bimbit dan sebagainya memudahkan lagi proses pengambilan gambar. Tidak seperti masa dahulu, di mana penggunaan kamera filem menyebabkan pengambilan gambar adalah terhad bilangannya dan sukar untuk melihatnya kembali selagi tidak dicuci.

Gambar-gambar yang diambil daripada kamera digital dengan mudah dapat disalin masuk ke dalam komputer dan dapat diedit mengikut citarasa pemiliknya. Kebanyakan daripada kita menggunakan perisian-perisian mengedit gambar yang selalu kita dengar seperti Adobe Photoshop, Photoscape, dan sebagainya. 

Tetapi, bukan semua orang memiliki perisian sebegini, malah mungkin juga ada yang merasakan leceh dan agak sukar mengedit gambar kerana proses-prosesnya begitu rumit dan mungkin mengambil masa.

Diinternet sebenarnya ada menawarkan pelbagai perisian edit gambar yang boleh digunakan. Dibawah adalah satu contoh lawan web mengedit gambar yang mudah untuk digunakan, dan tidak perlu didownload, boleh terus digunakan. Cuma perlu upload, pilih hasil yang dingini, dan simpan ke komputer...

Bagi yang berminat boleh klik laman web ini:


Kemudian klik pada komputer untuk meng-upload gambar yang mahu diedit. Sebagai contoh, Cik TK gunakan gambar Rukia (kura-kura yang Cik TK bela).



Terdapat 3 jenis menu di sini. Yang berwarna merah adalah untuk menukar jenis warna (huh!? Cik TK pun tak tahu nak sebut jenis apa) kepada sepia, ala-ala vintage, dan sebagainya. Yang berwarna kuning adalah frame, dan yang terakhir, biru adalah untuk meletakkan efek-efek lain seperti kesan lampu, cat, dan sebagainya,





Setelah puas hati dengan hasilnya, klik sahaja butang save yang ada disebelah menu tadi. Kemudian klik save ke komputer. Tidak perlu isi nama pun tidak mengapa semasa menyimpan gambar tersebut.


Okay, selamat mencuba!

Lain-lain:
Kalau nak edit kecerahan dan lain-lain perkara asas klik http://pixlr.com/express/
Kalau nak photo editor ala-ala photoshop klik http://pixlr.com/editor/
Kalau nak download ke desktop klik http://pixlr.com/o-matic/air/
Kalau nak download untuk iPad atau iPhone klik http://itunes.apple.com/app/pixlr-o-matic/id450263811?mt=8



Baca Selanjutnya ...