(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Thursday, 3 January 2013

APABILA DAH NAK EXAM…. #2

Bersambung dari “Apabila Dah Nak Exam…. #1



Final exam? Siapa tak gerun kan? Siapa tak rasa seram kan? Bila dah dekat nak exam tu, tetiba sifat kawan-kawan kita pun jadi lain dari yang biasa… betul tak?

Haa! Siapa yang masih tak perasan perubahan kawan-kawan sekeliling korang tu, cuba baca benda ni… Berikut adalah tanda-tanda student yang dah nak menghadapi final exam...

  1. Biasanya untuk orang yang gila study ni megi jadi pilihan utama. Jimat masa nak turun café kan? Senang je, masak air je pastu letak megi. Kalau nak pandai sikit dia tak makan megi. Dia minum milo pula. Makan dengan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh member pula tolong beli.
  2. Nak buka facebook, twitter, ke update blog rasa tak senang gila. Perghh…! Membazir masa! Time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak buka facebook, dan lain-lain… Sebab laptop kan ada depan mata. Ada pula broadband atau wifi. Kalau pegangan nak study tu tak kuat, duduk depan depan laptop tu main facebook, dan memang buku offline teruslah jawabnya.
  3. Time ni lah baru nak buka buku tebal. Buka kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak ada pula terfikir nak buka kamus tu kan.
  4. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi member sebelah. Haihhh… Keliru sangat budak nih.
  5. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up lah tu kononnya.
  6. Hah. Ni memang sure. Meja study tu mesti bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam, merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak-agak ada nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbuka. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukanya serentak. Ada tu 4 ke 5 buku serentak buka.
  7. Masa ni lah status facebook, blog “minta maaf. Doakan exam nanti ye”
  8. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir masa lepak ramai-ramai. Nanti ada je bende nak borak.
  9. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek-repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi. Lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.
  10. Time ni juga lah baru terfikir kenapalah tak study awal-awal. Kan senang. Haihh… Pastu ada pula yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam semester sekarang. Padahal nanti tiap-tiap semester azam sama, tapi tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.

No comments: