(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Wednesday, 2 January 2013

APABILA DAH NAK EXAM…. #1


Final exam? Siapa tak gerun kan? Siapa tak rasa seram kan? Bila dah dekat nak exam tu, tetiba sifat kawan-kawan kita pun jadi lain dari yang biasa… betul tak? 

Haa! Siapa yang masih tak perasan perubahan kawan-kawan sekeliling korang tu, cuba baca benda ni… Berikut adalah tanda-tanda student yang dah nak menghadapi final exam...
  1. Membaca tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. Orang keluar masuk bilik dia pun dia tak perasan. Bukan tu je, kalau orang tanya apa pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau waktu jalan tersepak batu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load.
  2. Membaca dengan kadar yang cepat. Entah faham ke tak tu belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng.
  3. Nak turun cafe tu fikir dulu 2 ke 3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus. Cepat dan  jimat masa kalau makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yang patut.
  4. Time nak exam baru laaa nak full sembahyang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang.  Doa macam-macam.
  5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
  6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang dibaca tadi. Ada tu siap ambik handout letak tepi bantal, bawa tidur sekali. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.
  7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. Part ni memang tak leh blah la. Time mandi ke, time basuh baju  pun ada yang tanya-tanya, siap berdiscussion lagi. Dahsyat.
  8. Kalau main message tu balas sikit-sikit je. Pendek-pendek je. Tak ada masa nak fikir taip panjang-panjang.
  9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota-nota. Jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan. Selalunye merayau pergi bilik orang. Tak pun keluar. Pergi main bowlinglah, tengok wayanglah… Pantang ade masa terluang.
  10. Nak buang sampah pun terbawa pen.
Sambungannya di APABILA DAH NAK EXAM…. #2

1 comment:

fatin adawiah said...

heee btul2!! :D

rindunye znn student dulu..rindu nak rse cm 2 lagi..hehehe