(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Saturday, 6 October 2012

PAK CIK FINAL DESTINATION.


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

*Ha….ha… hachooooooo………..!*

Fuh, berhabuk sungguh blog TK ni. Hehe~ Lama kan TK tak update. Bukan setakat dah lama tak update, ziarah blog kawan-kawan pun tak. Bukan sebab sibuk. Eh memang busy giler pun. Final year dah kan…? Hehe~ Satu sebab utama TK tak dapat online sebenarnya sebab kampus TK sekarang ni kat kawasan hutan yang kurang signal. Masih boleh online, tapi masalahnya SIPUUUUUUTTTT…!

Okay, cukup mukadimah. Jom terus ke matlamat utama entri kali ni. Dari dulu, sampai la sekarang. Ramai orang kata:

“Jangan menilai orang dari paras rupa”
“Don’t jugde a book by its cover”

Korang fikir apa bila jumpa orang macam ni?
Tapi, kalau kita perhatikan betul-betul ramai yang suka menilai orang lain berdasarkan penampilan, paras wajah dan tingkah laku. Contohnya:

“Muka dia tu macam jahat je… Baik jangan dekat sangat dengan dia”

Haha! Tak baik kan fikir macam tu. Buruk sangka namanya tu. Kesian kat dia. Bukannya orang tu minta pun rupa dia macam rupa orang jahat. Muka macam jahat tak bermaksud dia jahat. Ada je orang yang cantik, yang hensem, nampak macam baik tapi sebenarnya jahat.

Pasal buruk sangka ni, walau TK dah cuba untuk sentiasa berfikir secara positif, walau TK dah xuba untuk sentiasa berbaik sangka, kadang- kadang TK pun tak terkecuali dari berfikiran buruk. Kadang-kadang tu TERsangka buruk juga kat orang lain. Mungkin sebab tingkah laku orang tu aneh sangat.

Kisah sebenarnya begini. Di pasar pagi tadi, ada seorang pak cik ni. Sedang kami belek-belek jam tangan kat satu gerai ni tiba-tiba dia tegur TK dengan kawan TK. Seram eh! Dah la dia dok perhati kami mula-mula tu. Tetiba je dia tanya macam-macam:

“Member lain mana?” (Apsal tanya pasal member ni?)

“Erm… ada je kat sana tu…” (tunjuk satu arah)

“Dari U_ _ ke?”

“A’ah” (Curiga dah… Apsal dia tanya ni???)

“Datang dengan apa?”

“Bas” (Buat apa pulak la pakcik ni tanya…)

“Oh… tambang berapa?”

“seringgit je”

Lepas tu kami ‘cabut lari’ terus. Seram la pakcik tu tanya macam-macam. Disebabkan TK dan kawan-kawan TK ni baru je lepas tengok  filem FINAL DESTINATION 1,2, dan 3 (Okay, kami memang baru je tengok! Lambat kan~?). Jadi ada rasa macam seram-seram sikit dengan dengan semua benda, dan orang. Tau tak? Kami panggil pakcik tu PAK CIK FINAL DESTINATION. Haha!

Selama berada di kawasan pasar tu, kami asyik nampak pakcik tu bercakap-cakap dengan remaja-remaja sebaya kami. Macam-macam juga kami fikir. Waktu makan kat kedai makan nampak dia. Waktu kat gerai-gerai nampak lagi. Pendek kata, sepanjang masa ada di pasar ni, TK asyik nampak pakcik tu.

Last-last time nak balik tu, waktu tengah tunggu bas, kawan TK kata, “Pakcik Final Destination tu datang sini la”. Okay perasaan cuak menerjah kembali. Pakcik tu datang ke arah kami, lagi.

“Dah nak balik dah?”

“Err.. a’ah..”

“Sebenarnya pakcik ni dari Celcom Centre. Tau kan ada pejabat Celcom dekat2 sini?”
(sambil tunjuk kat satu arah dan tangan sebelah lagi tunjuk kad nama)

“Oh, tau-tau…” (Eh? Celcom?)

Lepas tu dia cerita la macam-macam pasal apa perlu buat kalau kad sim hilang la, cerita pasal broadband la, dan sebagainya…. Hmm... Survey perkhidmatan kot~ 

Ceehhhhh…! Rupanya nak promote dan nasihat macam-macam pasal Celcom. Punya la fikir mula-mula pakcik tu orang jahat la, apa la… Haha… Tu la TK! Lain kali jangan nilai orang dari paras rupa. Korang pun sama okay!?

Ke kadang-kadang curiga itu perlu? Hmm....

No comments: