Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Yippie! Semester ni belajar bahasa asing lagi!!! Dulu time semester 4 dah mula belajar bahasa asing... Cik TK ingat lagi, time tu mula-mula seronok tak terkata... mana taknya... dapat belajar bahasa baru... taklah asyik menghadap bahasa Melayu, Inggeris, dan Jepun (pasal suka dengar lagu Jepun, tengok cerita Jepun dan belajar bahasa Jepun sendiri secara online dan buku) je kan... hahaha!!! Untuk kelas bahasa asing ni Cik TK menghadap bahasa yang tak asing lagi kat Malaysia ni, iaitu Bahasa Mandarin... bukan limau mandarin ek...!
haha...! dah lama tak makan limau mandarin... |
Cik TK ingat lagi, dulu pada mulanya memang excited giler la... seronok... Akan tetapi, kemudiannya, lama-lama lepas masuk kelas, lain pula jadinya... Siriyes berbelit-belit lidah Cik TK ni menyebut fonem-fonem mandarin ni... huhu~ rasa macam lidah ni ntah jadi macam apa dah... Lawak bila ingat balik time tu... Macam-macam ragam yang lawak la dalam kelas...
Dan semester ini (semester 7) TK akan belajar bahasa Mandarin lagi... bersiap sedia la nak belit-belitkan lidah lagi! Hahaha!
2 Ulasan
saya suka belajar bahasa2 baharu ..
BalasPadammeh la kongsi2 bahasa yg awak belajar tu. hehe
nice entry dear.. putry done folow sini... folow me back
BalasPadamwww.putryain.com
Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!