Advertisement

PENGALAMAN MENDAKI GUNUNG… PART 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera...




Pada entri kali ini, Cik TK ingin sambung bercerita mengenai pengalaman Cik TK sewaktu menyertai aktiviti mendaki Gunung Nuang, Hulu Langat.




Rasanya hampir pukul 5 pagi (Sabtu) baru kami tiba di Kem Lolo. Walaupun keletihan, kami terus menyalakan lampu, memasang khemah, dan menyusun semua barang-barang yang kami bawa. Setelah selesai solat Subuh, kami pun bantai tidur.

Pagi itu, kira-kira pukul 10 kami mula masak sarapan. Masak bihun goreng, oke! Jangan ingat tak boleh nak masak di atas sana. Kami bawa dapur, gas, peralatan masak, bahan masak, semua ada. Hehe~

Menyusun segala bahan makanan yang dibawa

Di bawah itulah salah satu sumber air kami

Apa yang penting? KERJASAMA!! Kami sama2 masak bihun goreng untuk sarapan pagi

Kami merancang untuk terus ke ‘Istana Pacat’ dan naik ke puncak selepas sarapan. Dengarnya trek sangat mencabar. Entah macam mana jadinya nanti ek? 

Setelah berbincang, kami buat keputusan tak jadi naik selepas sarapan. Kerana kami mahu menunggu kawan-kawan kami (seorang perempuan dan dua lelaki) yang akan tiba malam nanti. Kemudian kami akan naik sama-sama. Sementara menunggu itu macam-macam yang kami lakukan untuk mengisi masa terluang. Petang itu kami masak sizzling dan nasi berlaukkan ikan pekasam pula untuk dijadikan makan malam.


Masak sizzling ngan ikan pekasam pula... Untuk makan malam...

Keesokan paginya (Ahad), lepas bersarapan kami meneruskan perjalanan untuk ke ‘Istana Pacat’. Agak mencabar juga bagi Cik TK. Laluan agak curam juga, kalau hujan laluan ni akan jadi licin.

Dalam perjalanan, kami terserempak dengan seorang lelaki tua warganegara Australia yang menetap di Malaysia berumur 75 tahun. Walaupun sudah tua, dia masih bersemangat dan bertenaga mendaki gunung. Naik lebih laju dari kami yang masih muda ni. Memang hebatlah!

Sarapan kami... dimakan bersama roti... Nikmatnya!

Sebahagian dari trek mendaki... Agak mencabar...

Bertemu dengan Mr. Don yang berusia 75 tahun. Hebatlah!!!

Kami ambil masa kira-kira 2 jam jugalah untuk sampai ke ‘Istana Pacat’ tu. Cik TK ingatkan akan ada banyak pacat, rupanya susah nak jumpa pacat. Pelik, kenapa namanya ‘Istana Pacat’ ek? Hmm…


Catat Ulasan

0 Ulasan