(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Thursday, 5 July 2012

PENGALAMAN MENDAKI GUNUNG… PART 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera…



Pada entri kali ini, TK ingin bercerita mengenai pengalaman TK sewaktu menyertai aktiviti mendaki Gunung Nuang, Hulu Langat.

TK pergi secara berkumpulan. Waktu berada di sana, ada je TK jumpa orang yang pergi bersendirian. Berani kan dia, mungkin dia dah biasa pergi sana sorang-sorang.

Kumpulan ini pada mulanya terdiri daripada 3 orang gadis termasuk TK, 2 orang lelaki (staf tempat TK menjalani Latihan Industri) dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun (anak seorang staf tu). Keesokan malamnya ada lagi seorang kawan perempuan dan 2 orang lelaki lagi turut serta.

Oh ya! Jangan ingat budak-budak tak boleh buat ek. Budak kecil tu lebih bersemangat daripada kami semua tau. Naik laju, turun pulak lagi laju. Sentiasa di hadapan. Sewaktu TK letih, rasa macam tak larat dah, TK jadikan budak tu sebagai inspirasi dan motivasi. ‘Budak kecik boleh buat, kenapa aku tak boleh?’.


TK bersama 2 rakan... Agak2 TK yang mana satu ek? Hehe~

Sebelum mulakan perjalanan sempat tidur dulu...

Masih lagi mengemas barang2 untuk dibawa naik...

Kumpulan kami memulakan perjalanan menaiki gunung itu menuju ke Kem Lolo pada jam 12.30 tengah malam. Oke, korang tak salah baca. TENGAH MALAM, oke! Perjalanan malam rasanya sejuk dan lebih seronok daripada waktu siang. Ini sebab waktu siang kita akan nampak trek dengan jelas dan ia boleh menyeksa minda kita apabila melihat laluan trek yang semakin mencanak. Ke mungkin TK sorang yang rasa macam tu ek? Hmm…

Kira-kira 5 jam juga masa yang diambil untuk sampai ke Kem Lolo. Kem Lolo biasanya dijadikan tempat para pendaki bermalam, sebelum meneruskan perjalanan ke puncak. Nak sampai ke Kem Lolo ni macam-macam yang kami lalui. Trek yang berbatu kerikil, bertanah merah, ada juga sebahagiannya berjalan tar. Lepas tu lalu palong air sebelum melalui satu empangan ni. Kemudian, kami melintasi 2 sungai untuk sampai ke Kem Lolo.


Ini salah satu sungai yang kami lintasi sewaktu ke Kem Lolo... Di sini juga kami mengambil sumber air, mandi, basuh pinggan, dan sebagainya.

Jangan risau kalau letih dalam perjalanan. Sepanjang trek ke Kem Lolo ini ada disediakan entah 5 ke 6 gazebo. TK pun tak kira pula berapa banyak. Yang TK tahu, kami singgah di semua gazebo tu rehat-rehat, minum air kosong la, minum air 100 la, siap ada yang sempat tidur pula lagi. Paling tak boleh blah la kan, ada sorang tu sempat pula update status facebook.

No comments: