* Entri ini sepatutnya dipublish minggu lalu, sebelum ekspedisi mendaki gunung… Harap maaf atas keterlewatan Cik TK…
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Sekadar hiasan. Diambil dari Google. |
Seperti yang telah pun Cik TK beritahu pada entri-entri yang lalu, salah satu aktiviti Cik TK sebaik sahaja Latihan Industri/Praktikal Cik TK tamat ialah mendaki gunung.
Macam-macam yang segelintir orang tujukan pada Cik TK. Ada yang tanya, “Kenapa nak naik gunung?”, “Buat apa? macam takde keje lain je”, malah ada yang kata buang masa la, bazir tenaga la.. Macam-macam reaksi juga yang Cik TK terima.
Tapi bagi Cik TK yang sukakan adventure, aktiviti lasak, dan pengalaman baru, Cik TK rasa banyak benda yang kita boleh belajar. Malah aktiviti sebegini dapat membantu menguatkan ketahanan mental dan fizikal kita.
Kita boleh belajar macam mana nak menyesuaikan diri dengan keadaan di hutan/gunung yang tiada kemudahan telefon, internet, elektrik, dan sebagainya. Di sana Cik TK belajar untuk pasang khemah, tidur di hammock, masak dengan cara yang serba kekurangan, memanfaatkan segala sumber sekeliling dan macam-macam lagi.
Sebelum ni pun Cik TK dah pernah juga naik gunung, tapi untuk buat kajian, tak sampai puncak la. Waktu tu kami tinggal di chalet, makan di restoran, pendek kata segala kemudahan disediakanlah.
Dan kali ini Cik TK berpeluang untuk merasai pendakian gunung yang sebenarnya.. hehe~ Puncak Gunung Nuang! Cik TK datang!!!
Sekadar hiasan. Diambil dari Google. |
Sekadar hiasan. Diambil dari Google. |
2 Ulasan
saya pon suka aktiviti lasak!!!memang best...
BalasPadam@ Ù…Øمد شهريل القنيطري
BalasPadamKalau begitu, samalah kita! TK suka aktiviti lasak... tapi jarang dapat buat, sebab ramai kawan TK tak suka benda lasak2 ni...
Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!