(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Wednesday, 22 February 2012

DAY 3: BENDA YANG ANDA SELALU BUAT SEBELUM TIDUR

Sebelum tidur? Biasanya TK baring atas katil, tutup mata, dan apa lagi? Dibuai mimpi indah dah~ Tamat cerita! 

Okay, gurau je… TK ni bukan jenis yang senang nak tidur. Maka, sebelum TK tidur biasanya TK akan membaca. Baca je segala apa yang ada disebelah katil TK. Ada apa sebelah katil TK tu? Sebelah katil TK ada satu rak buku yang penuh dengan majalah, novel, dan manga. Tahu tak manga tu apa? Komik Jepun la… Hehe~

Kalau korang nak tau, TK akan baca sampai tertidur. Jadi TK akan tidur dengan buku-buku sekali. Time banyak kerja pula, dengan buku-buku, dengan lecture note, dengan segala kerja TK bawa tidur sekali… Akibatnya, pagi-pagi bangun tengok kertas-kertas kerja, buku, semua konyot-konyot da~ hukhuk~



Tapi kalau time tu rasa macam malas nak membaca pula, TK akan main game dalam handphone sampai tertidur…




Lagi dalam CABARAN 30 HARI...

No comments: