Advertisement

SELESAI SEGALANYA… LEGA…!

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Lamanya Cik TK tak update blog… Maaf ya…! Tadi Cik TK baru je selesai menghadiri kuliah yang terakhir… Betul tu, yang terakhir… lepas ni masuk study week dah… Lepas tu FINAL EXAM!!! Dan lepas tu BALIK… Yeah~ Home sweet home la lepas ni…

siriyes rasa happy sangat semua keje dah settle...
Sekejap je rasanya semester ni… Err, memang sekejap je pun… Mula bulan 9 hari tu kan…? Macam-macam yang berlaku… Sebelum cuti pertengahan semester tu, Cik TK taklah busy sangat… Masih sempat je nak blogwalking bagai… Lepas je cuti pertengahan semester hari tu, kehidupan Cik TK terus berubah… HECTIC GILER…

Mana tak nya…?! Baru je balik hostel, kena packing pulak nak pergi FIELDTRIP SEMINGGU. Seminggu? Biar betul?? Memang seminggu pun… Kami pergi ke Kedah dan Cameron Highland…

Kami di hadapan bangunan MADA, Kedah
Selepas balik je dari fieldtrip yang pertama, kami terpaksa bersiap untuk satu lagi FIELDTRIP. Kali ni ke Penang pulak… Bukan jalan-jalan ye…! Kami ke Taman Negara Pulau Pinang… Jungle trekking meredah hutan dari Teluk Bahang ke Pantai Kerachut… Naik bot ke Teluk Duyung… Dan tengah penat-penat tu, nasib baik lecturer kata “Memandangkan semua orang sudah penat, tak payah la naik ke Rumah Api tu”… Oh… Sungguh lega… Kalau tak, mendaki pulak lagi 45 minit… Huhu~


On the way ke Pantai Kerachut
Di Teluk Duyung
Nasib baik filedtrip untuk 2 lagi subjek tu cancel… kalau tak, makin sibuk la berjalan-jalan satu Semenanjung la Cik TK… Balik je dari kedua-dua fieldtrip, Kami sekelas ni diserang oleh TEST dan KUIZ untuk 6 SUBJEK!!! Dengan tak cukup masa nak study tu, kami diserang lagi dengan pelbagai assignment dan presentation.

Kesimpulannya, kami kena siapkan 9 report, termasuk report fieldtrip, makmal, assignment, dan presentation; kena study untuk kuiz dan test, dan kena prepare untuk lebih dari 6 presentation. Semuanya perlu diselesaikan dalam tempoh kurang dari sebulan… Memang sangat sibuk…

Tapi Alhamdulillah la… semua sudah selesai… Lepas ni boleh la update blog dan blogwalking macam biasa… hehe~  

P/s: Terharu bila ada yang kata “lama tak update” dan “bila nak update”… Cik TK ingat tak ada sesiapa yang perasan Cik TK dah lama tak update blog… hehe~







Catat Ulasan

0 Ulasan