Isnin, 14 November 2011

HARI JADI??

"Selamat Hari Jadi...!!!"
"Happy Birthday..!!!"
"お誕生日おめでとう。。。!!! / Otanjoubi Omedetou...!!!"
"祝你生日快乐...!!! / Zhù nǐ shēngrì kuàilè..!!!"
Macam-macam cara boleh kita ucapkan...


Semalam, Cik TK ada sambut hari jadi 2 orang kawan... Sangat berbeza situasinya...

Seorang disambut dengan acara makan-makan, bersama teman lelakinya dan 3 lagi kawan rapatnya termasuklah Cik TK. Walaupun cuma makan-makan je, tapi rasanya sungguh seronok. Sukar bagi kami untuk berkumpul bersama. Sebab bermula semester ni, kami semua terpisah. Biasanya kami tinggal di bangunan asrama yang sama, maka selalu berjumpa. Semester ni, Cik TK tinggal di asrama baru, lagi 3 orang tu pula masing-masing tinggal di luar (rumah sewa yang berlainan).

Seorang lagi pula disambut beramai-ramai dengan kek hari jadi dan hadiah... Sungguh meriah!

Dulu biasanya bila datangnya hari jadi kawan-kawan ni, Cik TK bersama kawan-kawan Cik TK yang lain selalu buat macam-macam kepada yang menyambut hari jadi. Simbah air sabun la, baling tepung la, baling telur la, macam-macam yang kami buat. 

Tapi Cik TK tak pernah merasa sendiri sambut hari jadi Cik TK bersama kawan-kawan. Sebab biasanya hari jadi Cik TK jatuh pada waktu cuti. Tak kiralah cuti sekolah atau cuti semester. Okay, maksudnya bulan Disember la tu... Maka, itu bermaksud tiada sesiapa yang ingat kecuali keluarga Cik TK sendiri.

Untuk kali pertama, oleh kerana sistem U ni dah tertukar, hari jadi Cik TK jatuh pada hari kuliah. Erm... agak-agak ada tak yang akan ingat hari jadi TK nanti...?

p/s: Selama ni Cik TK asyik simbah-simbah orang waktu hari jadi mereka kan? Harap-harap tak berlaku pada Cik TK nanti... Huhu~



6 ulasan:

  1. hamboi sedapnye kek. google ea? haha

    BalasPadam
  2. @ sLpmEpLz
    haha! sedapkan...?? yup, kat google... btw, peliknya nama... cam ne nk sebut tu...? huhu~

    BalasPadam
  3. saye pun birthday selalu je tyme cuti.... p kawan2 geram sebab xdapat baling telur kat saye... hehehe

    BalasPadam
  4. xde shoutmix ke?nk komen sini la..bley?
    opppsss..da terkomen pon..

    BalasPadam
  5. @ asamasin
    shoutmix ade kat tepi...

    tenet lmbt kowt...

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!