Rabu, 21 Disember 2011

SAMBUTAN HARI JADI YANG PERTAMA…!

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Merujuk kepada tajuk di atas, Cik TK ingin menyatakan di sini bahawa Cik TK baru sahaja menyambut hari jadi Cik TK yang pertama… Eik??



Haha…! Seperti yang pernah Cik TK nyatakan di SINI, selama ni birthday Cik TK jatuh pada musim cuti. Tak kira lah cuti sekolah atau cuti semester. Jadi selama ni sambut pun ngan keluarga je… Tak pernah lagi sambut dengan kawan-kawan…. Setakat orang pernah wish kat FB dan friendster je la.

Akan tetapi, mula tahun ni kan sistem U ni bertukar. Mula bulan 9 la pula kan… jadi, sebaik sahaja semester ini bermula, Cik TK terus hide-kan tarikh birthday Cik TK dalam semua laman sosial… Mana tak nya, dulu time birthday orang lain, Cik TK join serang diorang… Simbah dengan air la, baling tepung la… Jadi Cik TK tak nak semua tu berlaku pada Cik TK… haha! Dan Cik TK pun dah pesan kat adik-adik Cik TK supaya jangan post birthday wish ke apa kat Cik TK punya wall FB...

Sampai tarikh 15 Disember hari tu, tengah-tengah malam tu tiba ada seorang budak lelaki tu sms “Happy Birthday!”… Wah, terharu giler Cik TK… Mana dia tahu birthday Cik TK ni? Then dia kata, Nampak adik Cik TK post kat FB… Cett!!! Adik Cik TK yang seorang ni kan… Arghh… Geram!

Lepas kelas hari tu, ada kawan sekalas yang tiba-tiba nyanyikan lagu birthday kat Cik TK… Terharunya… Kali pertama ada kawan nyanyikan lagu birthday… Dan lepas tu ada lagi 2 orang la yang wish lagi. Budak lelaki yang sms semalam tu pulak kata “Nak kena simbah tak ni? Botol tengah penuh dengan air ni…”. Haha! Nasib baik dia bergurau je…

Malam tu, lepas makan dengan kawan-kawan rapat Cik TK, tiba-tiba diorang wat surprise birthday party untuk Cik TK. Memang Cik TK terharu sangat. Tengah-tengah malam tu pula, Cik TK kena baling dengan tepung. PULAK?! Huhu~

Memang satu pengalaman yang baru bagi Cik TK. Kali pertama sambut birthday dengan kawan-kawan…!

p/s: Ramainya yang sambut hari jadi bulan ni… Dalam rumah Cik TK ni je, 5 dari 10 orang birthday bulan Disember… 



5 ulasan:

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!