Advertisement

TERIMA HADIAH DARI SYEEDA SANIEY

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lebih kurang seminggu yang lalu, Cik TK terima parcel atau bungkusan. Ada dua bungkusan pada masa itu. Satu tu Cik TK tahu ada barang yang dipesan tiba, kerana melihat notification pada aplikasi Shopee. Tapi yang satu lagi ni, Cik TK lupa. Apa yang saya order ni ya? Terdetik di dalam hati ketika itu. Lihat nama pengirim pada masa itu, Cik TK juga tak dapat nak recall. Kemudiannya Cik TK buka bungkusan dan ada nota di dalamnya. 

Rupanya hadiah giveaway dari segmen Mini Giveaway SS 2022! Terima kasih Syeeda! Sebenarnya Cik TK pun dah lupa pasal ni. 😅 Cik TK dapat hadiah 2 helai tudung bawal (1 helai Arfina Heejab dan 1 helai Sya Saniee) serta 1 unit Lipmatte Kekasih by The Melvins. Sekali lagi, terima kasih ya Syeeda!


Untuk mereka yang masih belum mengenali Syeeda Saniey boleh la terus terjah blognya ya! Boleh terus klik sini atau tekan je banner di bawah!






Catat Ulasan

3 Ulasan

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!