Advertisement

BANGKIT DAN MARA KE HADAPAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Gambar di atas ini diambil ketika sedang menunggu bas.

Pada masa ini, tiba-tiba terasa kagum kerana
tumbuhan ini masih boleh tumbuh walau hanya
di celah batuan ini.

Terus terdetik di hati pada masa ini...

Walau apapun kesukaran yang kita hadapi dalam hidup ini,
kita mesti terus berjuang.

Berjuang untuk apa sebenarnya?

Banyak perkara sebenarnya.

Kebahagiaan diri.

Kebahagiaan keluarga.

Kejayaan untuk dunia dan akhirat.

KeredhaanNya.

Walaupun hidup kita mungkin ada pelbagai rintangan di hadapan,
sentiasa berusaha untuk atasinya.

Moga kita semua terus sentiasa bersemangat untuk
bangkit dan mara ke hadapan.


 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. begitulah kehidupan kan ada dugaan & rintangan yang terpaksa kita tempuh.

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!