Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Baru-baru ini Cik TK layan satu drama bersiri dari negara matahari terbit yang bertajuk 'Mr. Hiiragi's Homeroom'. Cik TK tonton siri ini di Netflix. Sebenarnya dari zaman Cik TK masih sekolah lagi, drama siri Jepun adalah antara kegemaran Cik TK kerana sentiasa ada mesej dan pengajaran yang disampaikan dalam hampir setiap episod. Tidak kira pengajarannya berkisarkan tentang kehidupan, kekeluargaan, persahabatan, dan sebagainya. Begitu juga dengan drama bersiri yang baru sahaja Cik TK tonton ini. Tak sangka Cik TK habiskan dalam masa 2 hari sahaja.
Tajuk: Mr. Hiiragi's Homeroom
Tajuk bahasa Jepun:
3年A組-今から皆さんは、人質です-
(3 Nen A Kumi: Ima kara Mina-san wa, Hitojichi Desu)
Tahun: 2019
Genre: Sekolah / Misteri
Bilangan episod: 10
Bahasa: Jepun
Negara Asal: Jepun
Antara barisan pelakon:
Masaki Suda, Mei Nagano, Rina Kawaei, Moka Kamishiraishi dan ramai lagi.
Barisan pelakonnya ramai, penuh satu kelas. Belum termasuk lagi para guru dan barisan anggota polis. Tapi dalam ramai-ramai barisan pelakon ini, yang paling menarik minat Cik TK adalah Masaki Suda. Sebabnya, dulu Cik TK sangat suka tengok Masaki Suda berlakon sebagai Philip dalam siri Kamen Rider W (atau disebut sebagai Kamen Rider Double).
Berbalik kepada siri ini, kisahnya bermula apabila seorang guru seni yang merupakan guru kelas kepada kelas 3-A iaitu Ibuki Hiiragi (dilakonkan oleh Masaki Suda) mengumpulkan semua 29 orang murid kelasnya 10 hari sebelum hari graduasi dan menjadikan mereka sebagai tebusan di kelas berkenaan. Tujuannya adalah untuk memberikan pengajaran dan membongkarkan kebenaran mengenai salah seorang murid kelas berkenaan (Reina Kageyama) yang telah membunuh diri beberapa bulan sebelum itu dan tiada yang boleh keluar dari sana sebelum kebenaran dibongkarkan.
Memang permulaan kisah drama bersiri ini agak dahsyat kerana guru berkenaan melibatkan penggunaan bahan letupan dan senjata yang boleh mengakibatkan kecederaan. Akan tetapi, terdapat plot twist yang tidak dijangkakan dan sesungguhnya korang memang kena tengok drama ini. Terdapat banyak mesej dan pengajaran yang disampaikan dalam siri ini. Terutamanya melibatkan buli siber (cyber bulliying) yang mengakibatkan pelbagai kesan kepada mangsa, persahabatan, dan sifat orang sekeliling (netizen) terhadap mangsa.
Oleh itu, seperti apa yang guru Hiiragi ajar, sebelum membuat keputusan kita haruslah berhenti sebelum berbuat sesuatu, berfikir akan kesannya dan jawapannya akan keluar sama ada haruskah kita teruskan apa yang kita nak buat. Sebelum kita post sesuatu di media sosial, kita fikir dulu. Sebelum kita komen sesuatu, kita fikir dulu. Sebelum kita buat sesuatu kita fikir dulu. Sebelum kita cakap sesuatu, kita fikir dulu. Adakah patut kita lakukan ini, apakah kesannya jika ianya dilakukan...
Selain itu, perkembangan setiap satu watak dalam drama ini juga memberikan nilai moral dan pengajaran yang baik pada akhirnya. Terdapat pelbagai plot twist yang tidak dijangka dan setiap watak ini sedar dan mengakui kesilapan mereka terhadap Reina dan juga sekeliling mereka. Sudah tentu ini semua memberi mereka pengajaran supaya mereka menjadi manusia yang lebih baik di masa akan datang. Terdapat juga episod yang touching apabila ianya melibatkan persahabatan dan kekeluargaan. Pendek kata, drama bersiri ini sebenarnya memberikan pelbagai emosi kepada mereka yang menontonnya dan disarankan untuk korang tengok sekali!
3 Ulasan
dah dlm my list dah, but x tgk2 lagi..mood lum muncul lagi..
BalasPadamBelum tengok lagi. Slow tak? Saya kureng sikit kalau drama slow ni
BalasPadamdah simpan dalam list netflix tapi x tengok2 sampai sekarang..
BalasPadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!