Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini Cik TK ingin throwback kembali kisah beberapa hari lepas, di mana selepas waktu kerja Cik TK bersama seorang kawan rapat Cik TK (mari kita panggil Encik L ye) pergi berjalan-jalan disekitar kawasan Pasar Seni. Hasrat ingin masuk ke Central Market, tetapi rupa-rupanya bangunan ini ditutup sementara waktu bagi tujuan naik taraf sehingga 31 Ogos 2020.
Sementara waktu tutup untuk kerja-kerja naik taraf (upgrade) dari 1 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 |
Jadinya kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan ini. Dari Central Market, kami berjalan-jalan ke merata tempat melalui the River of Life sehinggalah kami tiba di Masjid Jamek dan Dataran Merdeka. Kemudian kami patah balik ke kawasan Pasar Seni melalui Petaling Street kerana akan terus menaiki MRT kemudiannya.
Cik TK dan Encik L ni memang suka berjalan kaki, maka kami sudah biasa berjalan sambil berborak selepas itu singgah sini dan sana. Kali ini kami tertarik untuk singgah di sebuah kafe hipster dan vintage yang terletak di Jalan Sultan. Lokasi cafe yang diberi nama Leaf & Co. ini terletak kira-kira 2 minit berjalan sahaja dari Petaling Street dan mudah untuk dicari.
Leaf & Co. cafe adalah sebuah lagi cafe yang Instagrammable selain dari yang pernah Cik TK cerita sebelum ini iaitu Merchant's Lane dan Ali, Muthu & Ah Hock Kopitiam. Terletak bersebelahan Mingle Cafe, kedua-dua kafe ini menarik perhatian kami dan selepas ini pasti kami akan mencuba menu di Mingle Cafe ini pula.
Setibanya di hadapan cafe ini kalian akan nampak papan tanda seperti di bawah ini. Pada mulanya dari jauh Cik TK juga tidak berapa perasan ada dua cafe yang bersebelahan di sini sehinggalah Cik TK melihat papan ini.
Di hadapan pintu masuk Leaf & Co. cafe ini. terdapat papan gambar menu untuk kalian intai-intai apa yang ada di sini. Memang first impression-nya, menarik menu-menu yang ada di sini.
Melihat pada interior cafe ini, ia mempunyai dinding yang estetik di mana ia dibuat dari bata simen yang tidak sama bentuk dan saiz yang menonjolkan keunikannya. Perabot yang mereka gunakan juga lebih menunjukkan sifat vintage dan old school di cafe ini.
Ini rupa di dalam cafe itu. Hehe tangan Cik TK mengganggu seketika di sana. Gambar ini Encik L yang ambil |
Macam-macam menu yang ada di sini. Tapi kami lebih tertarik untuk mencuba minuman frappe. Cik TK order Matcha frappe dan Encik L order White Chocolate Oreo frappe. Untuk makan-makan kudap-kudap kami order Baked Meatballs with Mozarella Cheese (Cik TK rasa itu namanya kalau tak silap). Lepas dah makan-makan tu kami sambung jalan-jalan lagi sehingga kaki kami menjejak MRT dan pulang.
Remark: Walau ke mana pun kalian semua pergi, jangan lupa kita masih berhadapan dengan virus Covid19. Maka jangan lupa sentiasa jaga diri. Pakai mask, sentiasa cuci tangan, guna hand sanitizer, jaga jarak dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan ya! #KitaJagaKita
8 Ulasan
Sedap tak menu yang dipesan?
BalasPadamHehe sedaaap!!! Nyummy ^∆^
PadamGood vibes! Environment dia nampak best sgt. mood pun baik je hee
BalasPadamChill2 saja di sana.. suasana sana pun sesuai untuk borak2, discuss2, meeting...
PadamSedapnya dua2 frappe tu..nyum2..bangunan leaf & co tu nmpk buruk je..hihi..teringin nk gi Merchant Lane..
BalasPadamHehe nyummy!!!
PadamDah lama tak jejak CM..Tahun 1998-1999 dulu tuisyen di Pusat Tuisyen Kasturi, berdepan dengan CM tu. Memang tiap minggu lah berkunjung ke CM. Mengimbau kenangan betul.
BalasPadamWahh Cik TK pun dulu tuisyen kat sana. Pusat Tuisyen Kasturi. Lama tak dengar ni. Tahun 2007-2008 la tapi. Hehe..
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!