Advertisement

SILA BERI LALUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa hari kebelakangan ini merupakan tempoh masa yang agak mencabar buat Cik TK dan semua yang terlibat. Jadinya, fikiran agak berserabut sedikit dan Cik TK biarkan ia melayang-layang berjalan-jalan dan melancong ke mana yang ia mahu. Ok, ianya lebih kepada menonton anime dan filem sebenarnya, untuk menghiburkan diri. Berbalik kepada tajuk asal, Cik TK nak kongsikan sedikit mengenai satu perkara yang Cik TK perasan kebelakangan ini yang kerap terjadi dan membuatkan keadaan mungkin menjadi sedikit sukar untuk sesetengah pihak.

Sekadar hiasan dan pesanan. Jom senyum selalu.

SILA BERI LALUAN | Kebelakangan ini, tepatnya sudah beberapa minggu pun Cik TK rasa mesti sudah ramai orang perasan jumlah orang yang keluar dari rumah sudah semakin meningkat. Tidak kira sama ada tujuannya adalah untuk pergi kerja, sekolah ataupun berjalan-jalan atau bercuti. Nak ke mana pun, yang penting jaga SOP kerana virus Covid19 ini masih ada disekeliling kita dan walaupun majoriti kita sudah pun mempunyai vaksin lengkap, peluang untuk terkena virus ini juga masih ada. Maka kalau boleh ambil perhatian lebih untuk sentiasa berjaga-jaga terutama apabila berada di tempat yang ramai orang.

Eh banyak pula yang Cik TK bebelkan. Cukup mukadimahnya. Tajuk asal entri kali ini tak sampai lagi. Sebenarnya yang Cik TK nak bebelkan ialah mengenai perkara lain. Siapa di sini yang selalu menggunakan pengangkutan awam, terutamanya tren sila angkat tangan! Perasan tak, kadangkala ketika kita yang berada di dalam tren apabila kita nak keluar dari tren orang lain yang nak masuk ke dalam tren berkerumun di depan pintu tren? Selepas itu apabila pintu tren terbuka, mereka yang diluar pula nak masuk dulu, kita yang nak keluar ni pula kena menyelit nak keluar. Kadangkala Cik TK tak faham situasi ini. Waktu peak hour kebiasaannya orang akan beratur di kiri dan kanan pintu tren dan membiarkan orang dari dalam tren keluar dulu baru mereka yang diluar akan masuk. Tapi bila bukan peak hour, bersepah pula orang menunggu didepan pintu. Selalu juga Cik TK perasan perkara ini. Apa salahnya berikan laluan kepada orang di dalam untuk keluar dahulu, kemudian baru orang dari luar masuk. Kalau bas, Cik TK rasa mungkin tiada masalah kerana biasanya masuk dari pintu depan dan keluar ikut pintu belakang.

Selain itu, mengenai penggunaan lif. Sejak adanya virus  Covid19 ini, penggunaan lif dihadkan kepada beberapa orang sahaja di dalamnya mengikut luas lif berkenaan. Contohnya had 4 orang dalam satu lif dalam satu masa contohnya. Kebelakangan ini terutama dihujung minggu banyak keluarga yang mengunjungi pusat beli belah atau shopping mall. Yang mana ada anak kecil tu mereka bawa stroller. Atau mungkin kadangkala ada yang datang berkerusi roda. Apa salahnya berikan laluan kepada mereka yang lebih memerlukan terlebih dahulu untuk menaiki lif?   Kadangkala Cik TK pun tak faham kenapa ramai-ramai nak menunggu lif sedangkan eskalator juga tak jauh  dari lif berkenaan. Lagipun pada pendapat Cik TK, kadangkala naik eskalator itu lebih cepat tiba di destinasi berbanding menggunakan lif dihujung minggu.

Entah apa sahajalah yang Cik TK bebelkan ni. Cik TK pun tak ada idea nak taip apa sebenarnya. Baiklah sampai di sini sahaja dulu entri kali ini. Jumpa lagi dalam entri akan datang.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. selaku pengguna LRt tegar, setuju sangat.. berilah laluan pada yang turun dulu. Kalau penuh dalam LRT tu, awak2 kat luar tu bukan boleh masuk pun kalau tak beri laluan pada yang nak keluar.

    BalasPadam
  2. betul sgt...org nak masuk x menyabar, mcm takut kena tinggal. padahal..ada masa yg dah ditetapkan...

    BalasPadam
  3. sama jugak macam lif, bagi lah orang dalam lif keluar dulu ini tidak sibuk menunggu depan pintu sampai kita yg kat dalam ni susah nak keluar

    BalasPadam
  4. mcm lari tren dikejar... kita yg kt dalam pulak yg nk bg laluan kt mereka yg di luar.. padahal kalau kita di dlm keluar dahulu lg senang diorg di luar tu nk masuk

    BalasPadam
  5. Dulu masa selalu naik tren pernah alami situasi ni. Tapi paling bagus kat stesen LRT KL Sentral. Walaupun selalu macam sardin, tapi diorang behave. Penumpang dari luar beratur satu barisan siap-siap. Belah kiri penumpang keluar, belah kanan penumpang masuk.

    BalasPadam
  6. takut memang takut tetapi sentiasa jaga SOP..maka kita semua terlindung daripada perkara yang tidak diingini

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!