Advertisement

PERTAMA KALI, VERSI MAKANAN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Lama Cik TK tak update. Nak menaip, idea tak datang. Bila idea datang, tak dapat nak menaip. Sukarnya rasa sebegini. Siapa yang faham perasaan macam ini? Baiklah balik ke topik utama kita. Hari ini sebenarnya Cik TK nak berkongsi cerita sedikit berkenaan makanan. Tapi apa yang pertama kali? Sebenarnya ada yang kali pertama rasa, kali pertama jumpa dan kali pertama buat sebenarnya.


BIHUN SUP UTARA


Serius ini kali pertama Cik TK cuba bihun sup utara. Sebelum ini macam tak perasan kewujudan menu ini. Mungkin pernah lalu atau terserempak tapi tak perasan. Alkisahnya, pada suatu hari itu Cik TK tak bawa bekal. Lepas itu ingatkan nak pergi ke pantry dan masak megi saja (memang Cik TK ada simpan stok megi dan biskut dalam loker). 

Tapi kemudiannya rakan sekerja mengajak Cik TK pergi ke suatu tempat. Dah lama juga tak singgah ke sana sebenarnya, sebab biasanya makan bekal di pantry sahaja. Setibanya di sana, Cik TK pergi ke semua gerai. Satu per satu. Melihat-lihat menu apa yang ada, dan sememangnya Cik TK kebiasaannya memilih menu yang bukan nasi. Ada beberapa pilihan juga sebenarnya, tapi akhirnya menu ini yang Cik TK pilih. Bihun sup utara. Cik TK pilih yang isinya campur. Ada campuran daging, paru dan perut. Kegemaran Cik TK, terutamanya paru.

Melihatkan bihunnya yang berwarna kuning dan isinya yang banyak, terasa sangat berselera untuk menjamahnya. Rasa supnya padu dan enak. Daging, paru dan perut dimasak empuk dan lembut, rasa lazat sekali. Haha dah macam iklan makanan pula. Harga pun berpatutan. RM8 kalau tak silap. Lokasi? Teeeettttttt!!! 😅 Oh ya, ada sambal sekali sebenarnya. Pada mulanya Cik TK takut-takut juga nak cuba sambalnya, sebab warnanya merah betul. Tapi rupanya tak pedas pun. Tapi Cik TK lupa pula nak snap gambar sambalnya sekali.

Banyak isi ni yang best!

MI ARANG


Pernah cuba pan mee? Awal-awal Cik TK mula kenal pan mee tu, alkisahnya di sini >> Chilli Pan Mee di Suria KLCC. Kemudiannya apabila jumpa pan mee di pasaraya Cik TK pun beli untuk cuba masak dirumah. Akan tetapi, kali ini lain sikit. Pada suatu hari tu Cik TK pergi ke Mr.Dollar, dan terjumpa pan mee kering yang berwarna hitam ni.

Ok rupa dia macam pan mee, tapi di bungkusannya lukis ramen sebenarnya. Jenama Mewah Natural, lepas beli sampai rumah terus masak. Jadi tak menyempatnya nak snap gambar. Tak teringat pun sebenarnya. Oh ya, Cik TK pun keliru ni pan mee atau ramen. Last sekali panggil mi je la senang. Yang hitam ni mi arang. Ada yang warna merah, beetroot. Yang warna hijau pun ada (bayam dan brokoli), kuning pun ada.

Teruja nak mencuba, Cik TK cuba je masak mi hitam ni. Nice juga rasanya. Mungkin bergantung kita masak jadi apa juga sebenarnya. Oh ya. Selepas versi hitam Cik TK pun ada beli mi ni, versi beetroot. Warna merah. Ada Cik TK up story di IG kalau ada yang perasan. Pun sedap juga!

Ni Cik TK masak goreng blackpepper.

Ini pula masa masak jadikan sup.

Tak ambil gambar yang arang, Cik TK ambil yang beetroot.

Ini yang Cik TK update di IG, versi beetroot. Makan sambil layan buah hati.


'PIE' PISANG COKLAT UNTUK SARAPAN


Terpengaruh dengan video di sosial media, mama teringin nak mencuba buat menu ini, Okay, bukan Cik TK. Tapi mama Cik TK punya kisah kali ini. Mama buat ini untuk sarapan. Mudah juga untuk dibuat ni. Caranya lenyekkan roti gardenia, letak pisang lenyek dan coklat masak di atas roti dan lipat dua tu. Kelar sikit bahagian atas roti tu, sapu telur dan bakar. Macam tu saja. Rupanya macam pai. Tapi dari roti putih gardenia tu saja. Boleh je kalau nak buang tepi roti tapi, tak suka nak buang. Makan je terus macam tu senang. Hehe... 

Tadaaaa!

Macam ini lah rupa di dalamnya.


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. sedap bihun sup utara sambal merah. kita biasa makan sambal kicap je.

    BalasPadam
  3. saya suka bihun sup sambal merah. wife saya suka sambal hitam.. hahaha

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!