Advertisement

WW 2021/36: HANASHIMASHOU DAN NANDEYANEN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama Cik TK intai-intai
dan fikir-fikir nak beli ke tak...

Tapi memang nak belajar lebih banyak
mengenai bahasa Jepun.

Dan yang lebih menarik, selain Hanashimashou,
Qaiyum Sensei juga keluarkan buku belajar
bahasa Jepun loghat Kansai iaitu Nandeyanen!

Pertama kali baru Cik TK jumpa buku belajar loghat Kansai.

Jadi teringin nak tahu lebih lanjut.

Maka tadaaaa dah sampai rumah semalam. 

Oh ya.

Serba sedikit mengenai penulis buku ini.

Berasal dari Jitra (Kedah),
sebenarnya Qaiyum Sensei ni adalah seorang pelajar dari Tezukayama Universiti (terletak di Nara Prefectures) dalam bidang Japanese Literature and Cultural studies...

Qaiyum sensei juga ada buat kelas belajar bahasa Jepun secara online, tapi Cik TK tak dapat nak join sebab timing kerja Cik TK ni agak tak tentu masa jadi takut tak dapat nak beri komitmen.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai buku-buku ini
boleh terus ke IG Qaiyum恋Rahman ya!

Hanashimashou, buku untuk kita belajar
cakap Jepun like a pro.

Inilah dia Nandeyanen. Untuk mereka yang berminat nak belajar loghat Kansai!

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. anak kakmim suka sgt bhs jepun... 1st move nk kena beli buku apa ye cik TK?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik TK pun kurang pasti kalau pasal buku yang mana sesuai, sebab Cik TK dulu belajar sendiri2 secara online saja. Tapi dengarnya kalau macam buku untuk beginner ni ada 'Marugoto', ada 'Genki'. Selain itu, 'Mari Belajar Bahasa Jepun' terbitan UTeM pun utk beginner juga.

      Padam
    2. Kebiasaannya juga buku-buku belajar bahasa Jepun yang Cik TK tengok ada tulisan Jepun, jadi boleh mulakan dengan belajar membaca tulisan Hiragana dan Katakana juga selain mempelajari vocab dan grammar

      Padam
    3. buku keluaran utem tu mcm menarik... tq Cik TK.. nnt nk cari utk si kakak

      Padam
    4. Nanti bila kakmim cari buku tu sama ada dikedai buku ataupun mana2 platform online, boleh survey2 dulu. Tgk2 atau tanya seller isinya macam mana.

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!