Isnin, 10 Ogos 2020

MAKAN-MAKAN: MENCUBA MENU DI JJ CHILI PAN MEE SURIA KLCC

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk lunch hari ini Cik TK tak bawa bekal seperti kebiasaannya. Jadi Cik TK makan luar hari ini. Hari ini, Cik TK makan di Food Court Signature di Tingkat 2 Suria KLCC. Sebab kawan-kawan kata pan mee di JJ Chili Pan Mee ni sedap, apa kata Cik TK cuba hari ini.



Okay ini rupanya. Waktu order tu jangan lupa penjarakkan sosial ya! Cik TK order set Pan Mee Soup yang didatangi sekali dengan air dan juga wantan goreng. Lepas tu hasrat nak duduk di seat tepi tingkap, tapi tiada seat kosong maka duduklah di meja lain.



Pan mee dia kenyal dan enak, masuk rasa. Sup dia pun sedap! Wantan goreng tu pun sedap! Bolehlah Cik TK pergi lagi lain kali. Tengok ni, sampai habis licin Cik TK makan. Kalau air tu memang biasa lambat sikit habisnya.


Lepas habis makan, seat tepi tingkap tu kosong, maka Cik TK ke tingkap untuk tengok pemandangan sekejap. Nikmat rasanya lepas makan tengok pemandangan. Bagi yang tidak tahu, di bawah ini ialah Taman KLCC. Ada pertunjukan air muzikal di sini kalau waktu malam.




Remark: Walau ke mana pun kalian semua pergi, jangan lupa kita masih berhadapan dengan virus Covid19. Maka jangan lupa sentiasa jaga diri. Pakai mask, sentiasa cuci tangan, guna hand sanitizer, jaga jarak dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan ya! #KitaJagaKita





20 ulasan:

  1. Tak duduk tepi tingkap pun makan habis licin. Kalau duduk tepi tingkap comfirm tambah semangkuk lagi.hahaha.cantik pemandangan punya pasal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha kalau sambil tengok pemandangan lagi best tuuu

      Padam
  2. wah licin mangkuk dia..sah sedap hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha memang sedap pun.. sebab tu licin

      Padam
  3. lama sangat dah tak pergi jalan-jalan ke KLCC.

    BalasPadam
  4. Pan mee dia nampak kenyal dan menyelerakan..
    Menarik untuk dicuba ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe sedap pan mee dia. Silakan silakan...

      Padam
  5. Nampak sedap sungguh pan mee tu. Habis licin isi dengan kuahnya sekali. Mesti puas hati kan.

    BalasPadam
  6. TERUS RASA RINDU DEKAT FOOD COURT suria

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti dah lama tak pergi kan.. dah berwajah baru tau..

      Padam
  7. sebenarnya uncle dari dulu teringin nk cuba.... one day...!

    BalasPadam
  8. Dulu selalu g food court situ.

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!