Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama dah Cik TK nak tukar 'baju' blog Cik TK ni. Tapi rasa macam agak ragu-ragu nak pasang template luar. Maksud Cik TK ni template yang bukan disediakan dalam dashboard blogger. Jadi biasanya Cik TK pilih sahaja template yang disediakan dan kemudiannya bermain dengan coding. Akan tetapi, kali ini tiba-tiba terasa nak pasang template luar. Maka inilah hasilnya. Tapi masih tak siap lagi sebenarnya. Nanti bila ada masa Cik TK sambung adjust.
Sebelum ini kalau perasan, rasanya dah hampir setahun Cik TK pakai template seperti yang dibawah ini. Ini template yang disediakan di menu theme di dashboard tu saja. Tak ingat yang mana satu tapi Cik TK bermain dengan coding dia tukar itu ini hingga jadi seperti di bawah. Jadi selepas sekian lama, tiba-tiba baru terasa nak guna template lain pula. Jadi, ini percubaan pertama Cik TK sebenarnya. Apa pendapat korang?
Rupa sebelum |
Rupa selepas |
Berbalik kepada tajuk, ada satu lagi benda yang Cik TK nak kongsi dengan korang mengenai menyemak prestasi blog. Hari ini Cik TK kerja shift petang, jadi waktu pagi ini sempat la blogwalking sekejap. Singgah kat blog Kakmim tadi, terbaca mengenai Check Performance Blog (klik sini untuk baca entri dari Kakmim). Terus rasa tertarik nak cuba. Kalau korang nak cuba sekali boleh klik link di bawah dan masukkan URL blog korang:
Bila keluar hasilnya, Cik TK terkejut dapat result macam itu. Sedangkan blog tak siap pasang 'baju' baru lagi ni, ada setting masih lari-lari. 😅 Tapi tak apa, Cik TK saja je nak share dengan korang. Baiklah, nak bersiap pergi kerja. Jumpa lagi dalam entri akan datang. Okbai!
11 Ulasan
haritu ada check jugak tapi dapat B je sebab banyak guna gambar dengan gif haha. Tahniah Cik TK sebab dapat A !
BalasPadamThanks awak! Kiranya kita tak boleh guna banyak gambar dan gif ya?
PadamYayy.. sudah laju masuk blog CIk TK ni haaa.. perfomance tu mmg akan naik A kalau blog fast loading, so kekalkan aje buat masa ni, edit sikit-sikit.. lagi satu, bau tukar template ni, kena rajin update blog okay, nak kasi PV tu maintain..
BalasPadamOh.. faham faham.. baikk sis lin! Cik TK cuba! Thanks for the tips!
Padamsy pndai guna template yg blospot bg je.. lps tu edit2 skit..
BalasPadamkalo nk edit main2 ngn coding lgsg xreti.. hihi..
wahhh dpt A utk blog.. hebat! =)
oh coding memang memeningkaaannnnnnn... huhuuu
Padamblog Syu pun slow. dapat D. ha3. dadu sungguh lah.
BalasPadamAlaa pulakk... btw header baru awak nice!!
PadamSalam terjah pagi subuh...wah menarik lah ..
BalasPadamWah awal bangun ni etuza! thanks ya!
Padamcantik betul dia punya result...tahniah
BalasPadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!