Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama sudah Cik TK tak share resepi kan? Kali ini Cik TK nak share resepi cendawan masak mentega dan bawang putih, atau dalam bahasa mudahnya cendawan buttermilk atau dalam bahasa orang putihnya kita panggil Mushroom Buttermilk. Eh macam aneh pula bunyinya. Biasa masakan butter ni orang guna ayam dan udang kan? Cik TK saja try guna cendawan. Cik TK tak ingat di sosial media mana Cik TK pernah tengok orang buat ni. Lepas tengok tu terus cuba tukarkan ayam jadi cendawan. Serius sedap!
Tadaaa!! Inilah rupanya. Tapi kuah tak berapa nak banyak pula, entah hilang kena 'sedut' dengan cendawan dan tauhu ni agaknya. 😅 |
Untuk menu ini Cik TK gunakan cendawan king oyster, serius untuk masakan inilah Cik TK kali pertama beli cendawan jenis ini. Kalau tak, asyik beli enoki dan shiitake saja. Dua-dua jenis cendawan ni memang kegemaran Cik TK. Kadang ada juga beli cendawan hitam, cendawan tiram dan cendawan butang. Untuk resepi ini juga, Cik TK tambahkan tauhu sekali. Mana tau kot-kot ada yang tak suka cendawan pula.
Membuat menu ini mudah saja. Bahan dan caranya kira-kira macam sama dengan resepi untuk buat ayam buttermilk macam itu. Cik TK tak pasti orang lain buat macam mana, tapi ini cara yang biasa Cik TK buat. Kalau korang berminat nanti bolehlah cuba buat! Oh ya! Seperti yang Cik TK beritahu tadi, Cik TK tambahkan tauhu sekali. Korang nak letak campur sekali atau tak itu terpulang. Nak tukar bahan lain pun boleh, ikut citarasa masing-masing. Nak guna ayam pun boleh.
Bahan-bahan:
- 2 batang Cendawan King Oyster
- 1 biji tauhu - Potong dan rendam sekejap dalam air garam
- Tepung serbaguna
- 1 biji telur - Optional, Cik TK pernah juga tak letak telur
- Susu cair - Kali ini Cik TK guna bancuhan susu everyday sebab susu cair habis
- Serbuk lada hitam
- Garam
- Daun kari
- 3 ulas bawang putih - cincang
- 3 tangkai cili api - hiris, kuantiti ikut suka. Nak pedas letak lebih
- Mentega - Mentega habis, Cik TK guna marjerin. Masih menjadi!
- Air
Cara membuatnya:
- Rebus cendawan dengan air didih selama 2 minit macam tu, kemudian angkat dan toskan. Setelah itu, cendawan ini dipotong secara memanjang. Ketepikan dahulu.
- Part 1: Goreng
- Gaulkan sebati telur bersama tepung serbaguna dan sedikit air. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Macam Cik TK, jika tiada tepung serbaguna Cik TK campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada hitam, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam. Kuantiti biasa Cik TK agak-agak saja.
- Panaskan minyak.
- Salutkan cendawan dengan bancuhan tepung dan goreng. Setelah ianya berwarna kuning keemasan, angkat, tos dan ketepikan. Kemudian buat perkara yang sama kepada tauhu pula. Kalau rajin boleh goreng sekali lagi, ia boleh jadi lebih garing.
- Part 2: Kuah/Sos
- Cairkan butter dalam kuali dan tumis bersama daun kari, cili api dan daun kari.
- Tumis sehingga bawang putih garing.
- Masukkan susu cair/bancuhan tepung everyday. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam ikut suka hati. Nak tambah keju pun boleh, sedap juga! Siap part ini.
- Untuk pengakhirannya, boleh tuang terus sos/kuah ini kepada hasil gorengan tadi (letak dulu dalam mangkuk/pinggan), atau gaulkan tauhu dan cendawan yang telah digoreng ini ke kuah/sos dalam kuali baru hidang. Mana-mana pun boleh.
- Sedia dihidang. Sedap jadi lauk, makan dengan nasi! Selamat mencuba!!!
20 Ulasan
Menarik guna cendawan buat masak mentega.
BalasPadamHehe sesekali tukar selera kak NA
PadamMacam sedap. Boleh cuba juga ni
BalasPadamHehe sila silaaaa
Padamcendawan king oyster sedap!
BalasPadammenarik jgk resepi ni.. blh try nt..
Hehe sedap juga buat macam ni
Padammacam best je.
BalasPadamKann... Bileh la try nanti tu kak wawa
PadamNampak sedap je..
BalasPadamHehe sedap jugaaa
Padammenarik rupa cendawan buttermilk ni. Nanti bolehlah cuba resipi Cik TK. Tq share
BalasPadamSama2 kak fiza! Hehe rasa pun nice!
PadamMasakan ada butter memang sedaplah!
BalasPadamHehe kannnnn
Padammenariklah masak buttermilk selalunya buat sup aje!
BalasPadamBoleh la cuba nanti suraya!
PadamFirst time dgr tapi nampak sedap
BalasPadamBoleh la cuba nanti tu mama! Sekali sekala tukar selera!!
Padamterus lapo dibuatnya��
BalasPadamHehe boleh terus ke dapur dibuatnya. Heheeee
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!