Advertisement

SELAMAT HARI RAYA!! SEDIKIT THROWBACK RAYA PERTAMA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Terasa mula bersawang blog ini. Lama rasanya tidak berjumpa korang semua. Mulai hari ini Cik TK mula berstatus WFH kembali. Bergilir-gilir ke tempat kerja hingga... tak tahulah bila. Seram bila tengok angka kes Covid-19 yang masih 4 angka hari-hari. Maka jika tiada keperluan, tidak perlulah keluar ya!


Dikesempatan ini Cik TK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Masih belum terlambat lagi untuk mengucapkannya kan? Kita baru seminggu berada di dalam bulan Syawal. Bagaimana suasana raya korang semua?

Macam Cik TK, hari raya pertama kami semua dirumah saja (kita raya dalam PKP kali kedua dan tidak boleh kunjung-mengunjung kan...). Bermula raya kedua Cik TK dah mula masuk kerja balik. Jadi masa raya pertama tu kerjanya main dengan anak buah, layan tv/movie dan seperti biasa yang paling wajib iaitu makan-makan menternak lemak apa yang ada. Kuih-muih (satu je buat, yang lain tunjuk je), hidangan tradisi setiap tahun iaitu murtabak telur daging yang Cik TK pernah sebut dalam entri ini, dan lain-lain. Apa kata biarkan gambar sahaja yang bercerita lebih lanjut?

Inilah dia murtabak telur daging tu. Untuk tahun ini kami buat lain sikit. Biasanya untuk kulitnya kami uli sendiri. Tapi tahun ini agak tak bersemangat nak uli jadinya gunakan kulit popia. Nice juga hasilnya!
Ini rupanya setelah dipotong.
Keratan rentas murtabak ini seperti ini. Enak dimakan bersama kuah yang dibuat bersama hirisan bawang, cuka, kicap, cili padi, garam dan gula.
Pagi-pagi tak ada kerja tiba-tiba terasa nak buat teh tarik bergelombang. Nah satu jug terus buat. Seronok tengok lapisan bawah tu bergelombang-gelombang. Yang kelakarnya masa nak minum kacau la terus. Hilang gelombang dia. 😅
Satu ni saja kuih raya Cik TK buat tahun ini. Hanya guna 2 bahan utama iaitu bubble rice dan coklat masak. Lepas itu hias guna apa-apa yang ada. Cik TK letak coklat flakes dan gula icing sikit.
Atas undian warga dalam rumah, kami buat kek red velvet. Tak sama rasanya macam yang Cik TK buat sebelum ini.  Mungkin kali ini punya tak cukup kasih sayang masa buat. 😅
Keratan rentas rupa keknya.
Pagi dah layan murtabak. Untuk tengah hari, adik ipar beli lemang. Makan dengan rendang yang mama buat. Nyummy!!
Tadaaa!! Rendang daging yang mama Cik TK buat.
Malam-malam pula layan lemang dan rendang tadi, juga ada dimsum!


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. wahh menarik sungguh makanan raya dia.. meriah..!
    Air teh tu.. mcm air 3 layer ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah macam yang 3 layer tu.. tapi ni 2 layer je.

      Padam
  2. Selamat hari Raya maaf zahir batin Cik TK. sedapnya ada murtabak tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya kak fiza!! hehe nyummy!!!

      Padam
  3. Wah, meriah betul menu raya! Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin, Cik TK.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setahun sekali kak.. sekali sekala kita masak best2 sikit. walaupun untuk makan2 sendiri satu family saja

      Padam
  4. wowww rajinnya cik TK..buat murtabak, siap buat kek lagi.. hebattt!

    BalasPadam
  5. ehhh, selamat hari raya cik TK :)

    BalasPadam
  6. Sedapnya.. Selamat Hari Raya..

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!