Dalam entri kali ini Cik TK nak join segmen Giveaway Raya Blog Shida Radzuan. Sebelum itu, Cik TK nak ucapkan tahniah kak Shida dah capai 5000 follower!! Bukan mudah untuk capai semua itu. Tahniah Cik TK ucapkan kak Shida!! Selain itu, giveaway ini juga diadakan bersempena dengan blog kak Shida berwajah baru dan berdomain baru, selain menuju ke arah 10 juta pageview! Sekali lagi, tahniah kak Shida!!
Kembali kepada tujuan utama entri kali ini iaitu giveaway kak shida, terdapat beberapa syarat (klik banner untuk tahu lebih lanjut) yang harus dilakukan. Salah satunya ialah menyatakan perasaan kita dalam menyambut bulan Ramadhan dan Syawal yang akan datang ini.
Pada Cik TK, perasaannya bercampur-baur. Sebabnya terutama sekali, sebab kita masih berada dalam keadaan pandemik sebegini. Kita semua pun tak dapat nak jangka apa akan berlaku selepas ini. Cuma Cik TK berharap ianya tak jadi seperti tahun lepas (PKP dan sedikit kisah semasa Ramadhan tahun lalu yang mana Cik TK bertukar menjadi burung hantu sebab hari-hari tak dapat tidur malam dan menjadi 'zombi' diwaktu siang), moga keadaan Covid 19 ini semakin reda.
Apa yang Cik TK suka pasal Ramadhan dan Syawal ini adalah makanan. Seperti mana yang kalian semua tahu (yang mana ikut perkembangan Cik TK ni), Cik TK suka makan sebab tu gemok. Dalam waktu-waktu seperti inilah kita boleh jumpa makanan yang pelbagai, yang jarang jumpa, yang jarang makan, yang jarang masak dan tetiba nak cuba masak itu dan ini semasa berbuka. Terpengaruh dengan post dan feed resepi dan menu dimedia sosial. Tapi! Ye ada tapi ya! Makan itu tidak berlebihan dan tidak membazir. Ingat, membazir itu amalan syaitan... Rindu perasaan nak pergi cuci mata di bazaar Ramadhan (walau sebenarnya tak selalu pergi sebab biasanya kami masak sendiri).
Serupa juga keadaannya dibulan Syawal. Biasa keluarga kami ada tradisi hidangan tersendiri semasa raya. Diantaranya ada murtabak telur daging dan lauk (biasa hidang nasi dan pelbagai lauk semasa menyambut tetamu) sup atau gulai kaki lembu yang biasanya kami buat hanya pada raya Aidilfitri dan Aidiladha. Eh apa la Cik TK ni cerita pasal makanan saja. 😅 Satu lagi, apa yang penting ialah kebersamaan. Bersama keluarga, bersama saudara mara dan bersama kawan-kawan! Berbuka bersama, bersahur bersama tengok cerita pasal makan lagi dan sebagainya!
Eh Cik TK rasa macam terpanjang pula penceritaan Cik TK ini. Baiklah sampai di sini saja. Untuk turut serta boleh klik SINI atau tekan saja banner di atas laju-laju. Jom korang ikut join sekali. Kita ramai-ramai meriahkan lagi segmen ini! Dengan ini Cik TK nak tag AnakDenesor, Cuya dan korang semua yang sedang membaca entri givaway ini!
22 Ulasan
Goodluck and all the best Cik TK :)
BalasPadamThanks ye awak!
PadamUnik makanan raya murtabak telur daging. Hehe terperinci cerita.
BalasPadamSemoga berjaya.
Thanks kak NA!!
PadamHehe jarang dibuat orang kan? Biasa ketupat lemang rendang
Good luck Cik TK.
BalasPadamThanks kak amie!!
PadamGoodluck
BalasPadamThanks rabia!
PadamMudah2an ada rezekinya nanti
BalasPadamAmiinnn.. terima kasih wak!
PadamAll the best 🤗
BalasPadamThanks awak!
Padamterima kasih tag kita cik TK <3
BalasPadamSama2 cuya.. jom join cuyaa!
PadamGood luck Cik TK.
BalasPadamThanks atie!!
PadamThanks awak
BalasPadamSalam Cik TK :)
BalasPadamK.shida blogwalking ke blog peserta-peserta GA Raya Bersama SRB.
Hahahaa ^_^ memang betul cik TK, sebut ramadhan syawal ni biasa akan teringat makanan, juadah raya, bazar ramadhan. CUma kalini trend sekarang juadah lebih kepada mengikut SOP. Harapan moga kita sambuta kedua2 bulan yg mulia ini dgn penuh kemeriahan dan kegembiraan walau dgn norma baharu :)
Terima kasih sudi join Giveaway Raya Bersama SRB <3
ALL THE BEST!
wslm.. thanks kak shida sudi anjurkan segmen ini!
PadamAmiiinnnn selamat menyambut Ramadhan ya kak shida!
goodluck cik tk ;)
BalasPadamthanks cik nadya!
PadamSenarai Pemenang dah keluar ya :)
BalasPadamBoleh semak, Tahniah kepada semua peserta!
Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!