Advertisement

RESEPI: MASAK LEMAK PUCUK UBI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Lama betul rasanya Cik TK tak buat entri resepi dan masak-masak kan? Ada sesiapa rindu tak? Hehe, baiklah, kali ini Cik TK kembali dengan masakan lauk yang mudah saja. Memang sedap makan lauk ini dengan nasi hangat dan ikan goreng seperti gelama goreng kunyit yang pernah Cik TK share sebelum ini. Lauk yang Cik TK nak kongsikan hari ini ialah lauk Masak Lemak Pucuk Ubi.

masak lemak pucuk ubi
Hasilnya, ditambah fishcake dan keropok jangek untuk kepelbagaian

Untuk hidangan kali ini, saja Cik TK tambah sekali fishcake yang dipotong segitiga dan keropok jangek yang telah digoreng terlebih dahulu. Mungkin ada yang tidak kenal apa itu keropok jangek. Keropok ini dibuat dari kulit lembu, popular dikalangan orang Minang (Sumatera). Cik TK pun tak pasti orang lain panggil apa, tapi kawan Cik TK dari Pahang kata ia dipanggil keropok jangat. Keropok jangek ini boleh di makan begitu saja, atau dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi dan kuah. Selain itu, ianya juga biasa dimakan dengan sate padang.


Bahan-bahan:

  • Pucuk ubi - bersihkan
  • Setengah biji bawang besar - kisar
  • 3 ulas bawang putih - kisar
  • 1 tangkai cili merah - kisar
  • Segenggam ikan bilis - kisar
  • Santan secukupnya
  • Garam jika perlu
  • Air secukupnya
  • Fishcake atau bebola (optional)
  • Keropok jangek yang telah digoreng (optional)



Cara membuatnya:

  • Rebus pucuk ubi sehingga menjadi lembut. Kemudian angkat dan ketepikan.
  • Campurkan air (sebanyak mana sesuai/yang diinginkan), santan dan bahan kisar dalam satu periuk/kuali. Hidupkan api dan sekali sekala kacau hingga menggelegak.
  • Setelah menggelegak, masukkan fishcake/bebola, keropok jangek dan pucuk ubi yang telah direbus tadi. Biarkan masak sekejap. 
  • Rasa dan tambah garam jika perlu.
  • Sedia dihidang.


Selamat mencuba!!!




Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. rindu nya nak makan rendang pucuk ubi....

    BalasPadam
  2. pucuk ubi masak lemakkk mabelesss
    campur tempoyak pun sedapp

    BalasPadam
  3. Sedapnyaaa, tengok resepi pun dah kecur liur ni..hihi

    BalasPadam
  4. memang suka sangat sangat pucuk ubi,..

    BalasPadam
  5. tak pernah akak masak boh kulit lembut gini dik, menarik nih

    BalasPadam
  6. Wowww,ni ponnn sedappppp..😁

    BalasPadam
  7. tak pernah lg cuba masak pucuk ubi ni :)
    tq sharing resepinya cik TK!

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!