Selasa, 6 April 2021

RESEPI: AYAM MASAK SOS TIRAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam tadi tiba-tiba teringin nak makan lauk isi ayam, tapi tak tahu nak masak apa. Maka bila sampai dapur Cik TK pun main campak-campak saja asal jadi. Kadang memang macam itu, Cik TK suka main campak-campak saja. Asalkan hasilnya itu boleh dimakan. Untuk kali ini, terjadilah ini. Ayam Masak Sos Tiram agaknya ini. Agaknya? Haha sebab ada banyak pakai sos tiram. Itulah kot namanya. Tak pasti pula versi resepi lain bagaimana. Yang penting bila jadi tu, rasanya sedap. Kalau tak sedap pun, sekurang-kurangnya masih boleh dimakan.

ayam masak sos tiram
Gambar kurang sharp pula rupanya.
Tak apa, yang penting sedap dan enak dimakan bersama nasi dan telur mata.

Kenapa isi ayam? Sebenarnya majoriti mereka yang berada dirumah Cik TK ini suka daging licin. Perkataan daging licin ini mungkin ada yang tidak faham. Ia bermaksud bahagian-bahagian seperti peha, kepak, tight, leher dan bontot. Kaki ayam dan organ seperti hati, jantung dan pedal pun kami suka makan. Okay, bahagian dada pula. Bila beli ayam seekor, bahagian daging kasar seperti dada itu buat apa? Kami potong dadu isinya dan asingkan. Guna untuk masak buttermilk, salted egg, ayam halia, ayam kunyit, nasi goreng dan sebagainya. Baiklah tanpa membuang masa kita terus ke resepinya saja.


Bahan-bahan:

Bahan A (untuk perap ayam):

  • Isi ayam yang dipotong dadu - Cik TK guna 400gm
  • Sos tiram 
  • Serbuk kunyit 
  • Sos pekat 
  • Tepung jagung

** Untuk kuantiti Cik TK main agak-agak saja. 


Bahan B:

  • Setengah biji bawang holland - Hiris dengan kelebaran sedang-sedang
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 3 tangkai cili padi - hiris (kalau nak pedas tambah lagi)
  • Daun bawang - potong agak-agak panjang 1 inci
  • Lada sulah atau lada hitam secukupnya
  • Air secukupnya
  • Garam bila perlu
  • Sos tiram 
  • Tepung jagung secukupnya (optional)


 Cara membuatnya:

  • Perap isi ayam dengan bahan-bahan A dan biarkan agak-agak dalam 20 minit.
  • Sementara itu, bawang holland dan bawang putih digoreng dengan sedikit minyak sehingga layu. Setelah layu terus angkat dan ketepikan.
  • Menggunakan minyak yang sama, goreng ayam yang diperap tadi. Selalu kacau sebab ia akan melekat pada kuali, tapi nanti bila letak air ia akan tanggal.
  • Masukkan pula cili padi, air (ikut sebanyak mana kuah yang diinginkan), lada sulah/lada putih, sos tiram dan juga daun bawang. Tambah garam juga jika perlu.
  • Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung kalau nak (Cik TK ni suka kuah pekat sikit).
  • Setelah selesai, tutup api dan sedia dihidang!


Selamat mencuba!!


13 ulasan:

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!