Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini Cik TK terasa nak menaip sesuatu, tetapi tiada idea nak tulis apa. Maka gambar-gambar random-lah yang keluar ya nampaknya. Tak apa kan?
Kisah random 1
Alkisah suatu hari semasa offday, Cik TK keluar menghantar adik dan anaknya ke hospital. Cik TK anggarkan mungkin dalam sejam dua (kebiasaannya macam itu). Jadi Cik TK ambil keputusan nak pergi merayau sekitar bandar Kajang (tak balik rumah, sebabnya kalau balik nanti malas nak keluar balik dah) sambil cari barang.
Tetapi, Cik TK tersinggah di satu kedai barangan serbaneka (ke cenderamata?) saja cuci mata. Selepas itu terjumpa keychain dinosaur comel ni dan excited sekejap kat situ. Well, gaya gadis gedik la sekejap. Haha! Harap tiada yang perasan!
Kisah random 2
Cik TK dan Encik L sedang bersembang mengenai anime Ao No Exorcist menerusi aplikasi Whatsapp yang mana Encik L mengatakan yang dia sedang marathoning anime berkenaan dan Cik TK tunjuk pin watak Okumura Rin yang ada di dompet Cik TK.
Cik TK: Saya hari-hari bersama Rin (watak utama Ao No Exorcist). Untuk kawal isi dompet saya!
Encik L: Liar ke dompet tu? Ikat je
Cik TK: Nanti 'setan-setan' (maksud Cik TK duit mengalir macam air keluar untuk benda tidak perlu) semua keluar dari dompet. Perlukan Rin untuk kekang!
Haha mesti pening orang melayan kerenah Cik TK. Imaginasi entah ke mana-mana.
Untuk yang tidak tahu, Ao No Exorcist ini adalah salah satu anime kegemaran Cik TK. Ianya kisah mengenai Okumura Rin yang mengetahui bahawa dia dan adik kembarnya Okumura Yukio adalah anak kacukan Satan dan manusia, dan kehidupannya sebagai seseorang yang mewarisi kuasa Satan.
Inilah Ao No Exorcist |
Kisah random 3
Kadangkala apabila kerja shift petang dan tersampai awal, selalu lepak di Food Court bangunan sebelah. Ermm, sebetulnya bukanlah lepak. Duduk mencari ilham yang tidak junjung tiba. Waktu inilah paling sesuai untuk blogwalking. (Eh?)
Kisah random 4
Waktu ini tidak tahu nak makan apa. Tapi lapar, dan bosan. Kesudahannya makan nasi lauk ayam cincang dan sayur dari sebuah gerai makanan Korea. Dan entah kenapa tak nak sudu garfu. Minta chopstick. Tapi mereka masih beri sudu dan garfu, tapi Cik TK pakai chopstick. Mungkin sebab bosan gatal nak makan cara lain. Dan berjaya!
Kisah random 5
Cik TK memang selalu sedia makanan dalam kereta, lebih-lebih lagi bila tahu bakal menghadapi kesesakan lalu lintas. Atau... kena menunggu. Kali ini, kes menunggu. Kenapa tunggu dalam kereta? Tak ada parking di kawasan berdekatan, tunggu sahajalah di mana-mana santai bersama kereta. Kadangkala tu dapat parking jauh jadi malas nak berjalan ke lokasi.
Masa ini, Cik TK makan jajan sambil layan video-video Youtube dari Nessie Judge dan Nadia Omara. Siapa Nessie Judge dan Nadia Omara? Mereka adalah content creator kegemaran Cik TK. Genre mereka sama seperti Neyna Story yang juga Cik TK layan, iaitu mengenai teori konspirasi, kriminal dan juga seram/thriller. Untuk yang meminati genre ini bolehlah tonton channel mereka.
18 Ulasan
Ammi pun kalau travel gi memana naik kereta mesti nak beli macam2. Padahal nak balik Seremban je pun kengkadang tu dari KL. Macam kebulur pulak kalau takde makanan hahahha
BalasPadamhehehee sebabnya kalau tersangkut jem tu adalah sangat tak menarik. Maka makanan adalah ubatnya.. hehehe
Padamthank you sharing youtubers ni
BalasPadami suka dgr cita2 hantu ni..dulu kerap dgr SERAM SELEBRITY
diorang adalah antara feveret Cik TK untuk genre2 ni. menarik tau
Padamheyyy i pun peminat nessie judge hehe , but it just im not really atively watch her updates lately i think i should do it later . Junk food is a must but not always . Im scared im going to addicted back with junk food so i better not eat it daily .
BalasPadami miss hang out in dubuyo with topokki as my meals or could be bibimbap haha . Their gimbap is my fav but i say no to kimchi
waahhh nerrorist juga ni!!! kita geng!!!
Padamyou can consume junk food, but need to be careful (not too much ya!).. and drink plenty of water.
wahh kimchi is really delicious. I like it. Topokki also
memang comei lah dinosor tuh... kalau si aiyan nampak compom dia nak beli
BalasPadamakak kalau anime buat masa ni layan one piece je.... hehehhe
uii one piece!! lama Cik TK tak layan, sebab banyak sangat tertinggal episod dah
PadamHahaha kiut je dinosaur tuu 😅🌸
BalasPadamkannnn
PadamPandai makan dengan chopstick ye... saya asyik fail kalau guna chopstik, jauh berderai makanan yang dijemput hihihiii.
BalasPadamCik TK ni saja2 try makan nasi dengan chopstick. mengada kannn
Padamcomel je pin okumura rin tu xD
BalasPadamkannnn... beli kat Jalan-jalan Japan kalau tak silap
PadamUncle suka juga makan pakai chopstick... tapu dua jam setengah baru habis... hehe
BalasPadamUiii tu namanya betul-betul menghayati makanan tuuu
Padamshida layan juga channel neyna story..let start it heheeee
BalasPadamWahh kita geng!!
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!