Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Okay, ini bukan cerita baru. Ini cerita minggu lepas. Sehingga 31 Julai 2020 yang lalu Menara Kuala Lumpur atau KL Tower ini buat promosi percuma naik ke Observation Deck dan separuh harga untuk ke SkyDeck.
Kebetulan kami bertiga (Cik TK, Cik A dan Encik L) ada masa hari tu, maka kami berempat pergilah ke sana. Eh, berempat? Lupa pula. Kali ini, adik Cik A ikut sekali. Kita panggil dia Cik M ye.
Pagi itu kami berkumpul dulu di LRT Masjid Jamek dan kemudiannya kami ke sebuah restoran untuk sarapan pagi. Kami sarapan di Restoran Santa Chapati House yang terletak di Jalan Tun H.S. Lee yang berdekatan dengan Leboh Ampang.
Kami berempat sarapan dulu di sini. Ada pelbagai menu. Cik TK makan roti kosong, Encik L makan roti telur, Cik M makan roti banjir dan Cik A makan chapati. |
Kemudian dari sana, kami terus bergerak jalan kaki bakar segala kalori menuju ke Menara Kuala Lumpur. Ini adalah pertama kali Cik TK ke sana dengan berjalan kaki. Sebelum ini bila bawa orang pergi jalan-jalan ke sana bawa kereta sahaja.
Dari restoran tadi, kami jalan melalui Muzium Telekom dan juga pintu masuk Taman Eko Rimba KL. Sebenarnya dari situ tak terasa jauh sangat walaupun berpeluh jugalah dibuatnya (Cik TK jenis senang berpeluh). Kalau tak silap dalam 20-25 minit macam tu berjalan sampai di bus stop Menara Kuala Lumpur itu.
Melalui depan pintu masuk Taman Eko Rimba KL. Lalu je. Tak masuk. Lain kali kita masuk ya! Teringin juga nak ke jambatan gantung tu. |
Kita sambung perjalanan menuju ke Menara Kuala Lumpur. Pagi ini kereta tak banyak, orang juga tak ramai. |
Sampai sudah kita di pintu masuk Menara Kuala Lumpur |
Bus stop untuk menunggu shuttle bus |
Di bawah ini ada bus stop untuk menunggu shuttle bus untuk ke atas. Untuk ke Menara Kuala Lumpur ni kena mendaki sedikit. Kami agak penat pada masa itu, jadi kami ambil keputusan untuk menunggu shuttle bus.
Tetapi apabila shuttle bus datang, kami tidak dapat menaikinya kerana sudah ramai dan kami terpaksa menunggu shuttle bus yang seterusnya. Oleh kerana kami tidak mahu menunggu lagi, kami ambil keputusan untuk berjalan sahaja naik ke atas.
|
Naik tangga pertama (gambar kiri) di belakang bus stop berkenaan dan berjalan sehingga jumpa tangga kedua (gambar kanan) dan terus lagi berjalan dan sampai!!! |
Kalian boleh lihat di atas, gambar yang pertama itu terdapat barisan untuk menempah slot masa naik ke Observation Deck dan SkyDeck. Pada masa itu kami dapat slot yang berlainan untuk kedua-dua Observation Deck (4.30pm) dan SkyDeck (12.30pm).
Di sekitar kawasan Menara Kuala Lumpur ini kalian akan jumpa macam-macam. Ada Mini Zoo, Blue Coral Aquarium, Upside Down House di sini. Akan tetapi, kami tidak masuk walaupun pada masa ini juga ada diskaun untuk tiket masuknya. Masa kami agak terhad hari itu. Mungkin lain kali bila datang lagi ya!
Sementara tunggu slot, sempat lagi jalan-jalan ambil gambar |
Kemudian 30 minit sebelum slot yang telah ditentukan, kami pun masuk dan membuat pembayaran tiket untuk SkyDeck. Setelah selesai kami ke ruang menunggu (bilik Mini Theatre) dan diberikan sedikit taklimat dan tag. Tag itu harus dipakai dan kena denda RM20 kalau tak silap jika tag itu hilang.
Setibanya di atas, pemandangan menakjubkan menanti dan juga ada dua SkyBox di kiri dan kanan. SkyBox ini adalah satu ruangan berlantai kaca dengan ketinggian 300m dari aras tanah. Satu menghala ke Menara Berkembar Petronas dan satu lagi menghala ke Dataran Merdeka. Untuk kedua-dua SkyBox ini kalian kena beratur menunggu giliran dan setiap giliran adalah 1 minit 45 saat untuk satu SkyBox.
Gambar atas adalah SkyBox yang menghala ke Dataran Merdeka dan gambar yang bawah adalah yang menghala ke Menara Berkembar Petronas |
Setelah selesai malangnya kami tidak dapat menunggu giliran untuk ke Observation Deck kerana tiba-tiba ada antara ahli kami yang ada urusan mendadak. Maka kami putuskan sehingga di sini sahaja perjalanan kami untuk kali ini dan Cik TK bersama Encik L menuju ke Avenue K yang berada di KLCC untuk makan tengah hari dulu sebelum menyelesaikan urusan yang patut kami selesaikan.
Unik ada library di sini, menggalakkan orang untuk membaca tapi ini minggu lepas. Minggu ni bila lalu sana dah tak ada dah |
Lunch di Food Court Avenue K, lunchbox dari gerai makanan Korea ni memang sedap dan berbaloi |
Remark: Walau ke mana pun kalian semua pergi, jangan lupa kita masih berhadapan dengan virus Covid19. Maka jangan lupa sentiasa jaga diri. Pakai mask, sentiasa cuci tangan, guna hand sanitizer, jaga jarak dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan ya! #KitaJagaKita
14 Ulasan
lamanya uncle tak sampai ke sini...
BalasPadamEhem...! juadah last tu mengancam!
Sedap dan berbaloi. Kenyang sangat
Padambestnya sempat holiday..
BalasPadamcompany atie sekat pergerakkan antara negeri, so mmg takbleh nk ke mana pun
Cik TK tak pergi jalan jauh-jauh.. dekat dengan tempat kerja saja ni.. masih tak berani pergi jauh-jauh.
PadamMenarik..lama dah tak jenjalan kat sini
BalasPadamBoleh la nanti tu.. KL ni banyak tempat yang best nak jalan-jalan
PadamTiap tahun beberapa kali balik kampung, tapi tak juga terjejak kaki ke sini. Entah bila akan sampainya ni.
BalasPadamInsyaAllah satu masa nanti amie..
Padamseronoknya jalan2 sana ^_^ shida belum lg jejak ke sana.. Inshaa Allah 1day kan.
BalasPadaminsyaAllah suatu hari nanti...
PadamBestnya.. berbaloi kalau ada promosi macam nie..
BalasPadamHehe... Kannn
Padamehh wak pon ada pegi naik kl tower ni gak sama tahun lepas., dpt diskaun 50% kanns
BalasPadamaah Cik TK pun pergi masa tengah diskaun tu tau wak!
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!