Advertisement

TUTORIAL: CARA PASANG WATERMARK PADA GAMBAR (MENGGUNAKAN SNAPSEED)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

CARA PASANG WATERMARK PADA GAMBAR (MENGGUNAKAN SNAPSEED)

Semasa beberapa bulan duduk dirumah dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) ni macam-macam aktiviti yang Cik TK buat untuk mengisi masa lapang. Dan salah satu aktiviti yang Cik TK lakukan ialah mencuba seni origami yang mana hasilnya agak... tidak memuaskan. Nampaknya Cik TK memang tiada bakat untuk origami. 

kertas koyak

Sebenarnya origami ini bukanlah tujuan entri kali ini. Pada entri kali ini Cik TK ingin berkongsi cara-cara membuat watermark pada gambar kalian, menggunakan aplikasi Snapseed. Cik TK selalu gunakan Snapseed untuk mengedit gambar. Dan baru-baru ini Cik TK cuba menggunakan Snapseed untuk membuat watermark (menggunakan handphone).

Remark: Cik TK masih lagi dalam sesi explore dan mencari cara mana yang lebih mudah untuk membuat watermark dengan menggunakan handphone. Jika kalian ada cara yang lain boleh dikongsikan bersama, boleh share dalam komen di bawah. Boleh kita sama-sama belajar.

Cara-caranya, pertama sekali buka aplikasi Snapseed, kemudian klik di mana-mana sahaja atau klik Open (no.1) dan kemudian pilih gambar yang kalian ingin letak watermark berkenaan. Kemudian, klik pada tanda bulat di penjuru bawah kanan (no.2).

pasang watermark

Senarai grid menu akan keluar dan pilih Text (no.3) dan pilih design mana yang kalian suka (sila rujuk no.4). Setelah memilih design, double-tap pada bahagian tengah skrin untuk menukar text. Setelah menukar text juga kalian boleh menukar design, saiz, warna dan opacity/transparency.

pasang watermark

Simbol pada no.5 adalah warna text, no.6 ialah opacity/transparency dan no.7 adalah design tulisan berkenaan. Setelah selesai, tekan tanda tick (no.8). Kemudian tekan no.9 untuk pilihan Save (no.10) atau boleh terus kongsi pada media sosial kalian. Selamat mencuba!!!


pasang watermark




Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Suatu masa dahulu pernah install snapseed tapi macam complicated nak guna untuk seorang Mrs. A kekdahnya Mrs. A delete.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo saya pulak belajar tgk2 dalam tutorial kat youtube atau ig.. lepas tu try2 sendiri.. kadang menjadi, kadang tak

      Padam
  2. Senang jugak ye. Dah lama tak letak watermark pada gambar. Sebab malas.. hahah.. kalau gambar kena curi satgi mula nak mengamuk.. hahah

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. tapi asyik tak menjadi... bukan tangan seni ni

      Padam
  4. menarik..tak perng lg pakai snapseed nie..boleh cuba2 nnti

    BalasPadam
  5. Terima kasih untuk tutorial. Kak feni boleh cuba nanti. Dah follow blog Cik TK. Lepas ni inshaAllah akan sampai sini lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama... Sila-sila.. Selamat mencuba!!!

      Terima kasih sudi follow~ =)

      Padam
  6. Suka jugak edit gambar guna snapseed. Biasa watermark guna phonto :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo phonto ek..? Nanti saya cuba explore pulak..

      Padam
  7. Jika ada masa terluang nak gak try tutorial ni. Boleh lindungi foto kita drp digunakan tanpa kebenaran. Done follow back.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila-sila... selamat mencuba!!! btw, thanks sudi follow~ =)

      Padam
  8. Nice sharing. Ai biasa guna photoshop ja untuk letak watermark pada gambar atau artwork. Nanti boleh try cara ni pulak :D

    *Follower #395

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila2... selamat mencuba!! sy jarang pakai pc/laptop, jadi explore2 cara yang boleh guna untuk buat kat fon.

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!