Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mudah dan simple. Dua perkataan yang ramai orang suka. Terutama dalam masakan, biasanya Cik TK suka masak sesuatu yang simple saja. Jadi hari ini Cik TK nak kongsi salah satu resepi yang mudah dan cepat untuk dibuat iaitu telur masak kicap.
Untuk resepi kali ini, Cik TK tambah guna cendawan Shiitake. Cik TK memang suka dengan cendawan. Tidak kira apa jenis cendawan sekali pun. Cendawan tiram, enoki, shiitake, butang, telinga kera dan macam-macam lagi. Bila masak sayur campur letak cendawan, dalam hidangan spagetti pun letak, masak goreng tepung pun ada cendawan malah dalam perkongsian kita ini pun ada cendawan.

Bahan-bahan:
- 5 biji telur - goreng jadikan telur mata kerbau
- 1 biji bawang Holland - hiris
- 1/4 biji lada benggala - potong kiub (boleh juga guna 3 tangkai cili padi yang diketuk)
- 4 sudu besar kicap lemak manis (Cik TK guna kicap Jalen)
- Beberapa ketul cendawan Shiitake - Cik TK guna yang fresh. Potong kecil. Basuh dan perah supaya kandungan airnya berkurang.
- Serbuk lada hitam secukupnya
- Garam secukupnya
- Air secukupnya
Cara-caranya:
- Mula-mula goreng telur-telur tu sebagai telur mata. Angkat dan toskan.
- Kemudian dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang Holland sehingga hampir layu dan masukkan lada benggala. Kacau sebentar.
- Masukkan kicap lemak manis, garam, serbuk lada hitam dan air secukupnya. Kacau.
- Selepas itu, masukkan cendawan Shiitake dan biarkan mendidih.
- Masukkan telur mata ke dalam kuali. Tutup api dan kacau perlahan. Sedia dihidang.
Selamat mencuba!!
2 Ulasan
lauk ni kita tak pernah bosan tauu. hahaha
BalasPadamHaha.. kannn kegemaran semua ni telur dan kicap!!!
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!