Advertisement

REVIEW: CANVA (UNTUK EDIT GRAFIK)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang disebut dalam entri sebelum ini, Cik TK akan berkongsi sedikit mengenai pengalaman Cik TK dalam beberapa hari mencuba aplikasi Canva. Canva adalah sejenis aplikasi aplikasi untuk menghasilkan visual grafik dan ianya amat mudah untuk digunakan lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang berbakat dalam menghasilkan design-design grafik seperti poster, logo, infografik dan iklan. Malah Canva juga boleh digunakan untuk membuat story dan post bagi aplikasi Instagram, Facebook, Twitter dan juga Whatsapp.

Canva ini ada versi desktop, Android dan juga iOS, yang mana ada versi percuma (Free version) dan juga versi berbayar (Pro dan Enterprise version). Untuk versi percuma, pilihan design template agak limited berbanding versi berbayar. Jadi untuk pengguna versi percuma ini haruslah peka semasa memilih template yang disediakan di mana pengguna perlu memerhati penjuru kanan bawah pilihan template berkenaan untuk mengetahui ianya bebas untuk digunakan (tertulis 'free' di situ) atau ianya versi berbayar.

Cara untuk menggunakannya, pertama kali setelah download perlulah mendaftarkan akaun terlebih dahulu. Kemudian pilih template apa yang ingin kalian buat. Banyak pilihan template yang boleh didapati di sini. Contohnya Logo, poster, kad bisnes, risalah, sijil, resume, penanda buku dan post/story untuk sosial media. Oh ya! Yang Cik TK gunakan ini adalah versi Android.

cuba guna canva
Di sini ada pilihan-pilihan jenis kategori design apa yang ingin digunakan

Setelah memilih template, pilih design mana yang kalian ingin gunakan dan boleh edit gambarnya, edit filter, teks termasuk font dan saiz, opacity dan sebagainya. Berikut adalah contoh-contoh yang Cik TK dah buat.

cuba guna canva
Contohnya template Instagram Story, boleh pilih grafik yang mana satu atau pilih ikut tema

cuba guna canva
Ini adalah contoh design grafik untuk poster, logo dan resume

cuba guna canva
Contoh penggunakan aplikasi ini, pemilihan design dan pengeditan

Setelah selesai bolehlah disimpan atau dikongsi terus ke sosial media. Selepas itu boleh cuba teroka buat grafik-grafik lain. Selamat mencuba!

cuba guna canva
Setelah selesai edit, boleh pilih sama ada mahu simpan (save) atau kongsi (share) ke mana-mana sosial media

cuba guna canva
Ini adalah contoh Instagram post dan story yang Cik TK telah hasilkan

Remark: Semua imej yang ditampilkan di sini Cik TK screenshot semasa cuba menggunakan aplikasi ini pada device Android dan dikongsi di sini untuk tujuan berkongsi ilmu.




Catat Ulasan

2 Ulasan

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!