Advertisement

RESEPI: SAMBAL PELBAGAI GUNA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Cik TK selalu masak sambal. Sebab permintaan dari orang-orang dirumah. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada sambal dirumah. Tidak kiralah sambal kosong seperti gambar di atas, atau sambal tempe, sambal tauhu, sambal terung, sambal ikan bilis dan sebagainya.

Dan mereka suka makan sambal tapi yang tak pedas. Jadi kebiasaannya hasilnya pun tak pedas. Kalau pedas pun pedas sikit saja.

Jadi Cik TK biasanya gunakan satu resepi sambal ni sahaja untuk segala menu tadi. Cara-cara membuatnya adalah seperti berikut.


Bahan-bahan:
  • 6 tangkai cili merah (buang biji) - kisar bersama
  • 1 biji bawang besar - kisar bersama
  • 3 ulang bawang putih - kisar bersama
  • 2 biji tomato ceri atau separuh biji tomato - kisar bersama
  • 1 atau 2 helai daun limau purut - dikoyak
  • Garam secukupnya
  • Gula sedikit (jika perlu)
  • Minyak secukupnya

Cara-caranya:
  • Semua bahan yang telah dikisar bersama itu ditumis dengan minyak, sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan daun limau purut, garam dan gula secukupnya.
  • Setelah selesai, boleh terus dihidang. Atau boleh guna untuk buat hidangan lain seperti sambal tempe, sambal tauhu, sambal ikan bilis, sambal terung dan sebagainya. Memang Cik TK guna sambal yang sama saja.






Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Ada guna tomato dalam sambal Cik TK.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah. Boleh juga tukar guna sedikit asam kandis. Ada orang lain pulak letak asam jawa. Depend pada selera masing2.

      Padam
  2. Balasan
    1. Hehe tu la lidah kami ni manja.. tak pedas

      Padam
  3. Terus kecur tengok sambal Cik TK tu tau! Sedapnya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap.. lagi letak terung goreng atau ikan bilis kan dalam tu.. sedapnyaa

      Padam
  4. Makan sambal dgn tempe dan tauhu tu mmg bertambah nasi biasanya 😁

    BalasPadam
  5. boleh try resepi ni, tak pernah lagi try blender sekali tomato selalu letak sos tomato je..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, Cik TK pula tak pernah letak sos tomato .. Mungkin boleh try pula lepas ni...

      Padam
  6. Ada sambal baru berselera nak makan. kalau tidak, lambat je nak habiskan nasi tu. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe ni sama macam adik Cik TK ni.. ada sambal laju je makan

      Padam
  7. Inshaa Allah shida cuba resepi cikTK :)

    BalasPadam
  8. Mudah kalau buat sambal macam ini..
    nak masak je, ambil dan masukkan bahan..
    TQ share..

    BalasPadam
  9. Ini sambal yang paling gampang dibuat dan awet untuk berhari-hari. Susah ya kalau hidup tanpa sambal, rasanya selalu ada yang kurang. Kalau lagi malas, aku haluskan saja cabai dan bawang merah serta garam, siap disantap dadakan hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya.. gampang banget bikinnya.. yang sari bikin itu lagi gampang.. hanya cabai, bawang merah dan garam.

      Padam
  10. enaknyaaaa, kalau di tempatku sambal ini namanya sambal bajak. biar makin mantab dikasih udang kupas dan petai. mantabbbb sudah, makan sama nasi putih hangat sudah pasti tambah terus deh hahaha lupakan diet sejenak T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambal udang dan petai.. mantappp banget... Iya benar tuh, dietnya hilang bila makannya enaaaakkk!

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!