Advertisement

Hard Disk Rosak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Baru-baru ni lappy Cik TK ni rosak. Langsung tak boleh online. Selain tu, fail-fail bertindak aneh, printer tak dapat dikesan dan sebagainya. Maka dengan itu, lappy ini segera dihantar ke hospital kedai komputer untuk di-repair.

Malangnya katanya ia berlaku akibat virus dan satu lagi masalah ialah hard disk rosak. Maka terpaksa tukar hard disk baru. Ini menyebabkan RM300 (hard disk + format) melayang begitu sahaja untuk repair lappy ni. 

Disebabkan itu, segala isi-isi didalam lappy ini menjadi kosong semula dan terpaksalah Cik TK install semula semua software-software yang Cik TK biasa guna (Nasib baik ada backup dalam external, cuma tak update). Dan sebahagian kerja yang tidak disimpan dalam Cik TK punya external pun hilang begitu sahaja. Rugi, rugi...! 

Kalau nak tahu, ada beberapa penyebab hard disk tu boleh rosak, antaranya:

  1. Cara tutup lappy yang salah - tutup tergesa-gesa, jarang shut down betul-betul (asyik sleep/hibernate)  *Ini memang Cik TK selalu buat*
  2. Kepanasan melampau 
  3. Bad Sector sebab elektrik asyik terputus semasa menggunakan komputer *Ini pun selalu terkena sebab time kat hostel selalu ada masalah blackout dan lappy ni sudah tidak menggunakan bateri* 
  4. Terjatuh *Pernah sekali jatuh, tapi lappy ni dalam beg laptop so rasa selamat sikit Konon~*
  5. Kelembapan yang melampau sebab sudah lama tak digunakan
Jadi kesimpulannya, kepada semua pembaca, silalah jaga lappy anda baik-baik. Sebab kecuaian dan ketidakprihatinan anda terhadap lappy-lappy anda semua akan menyebabkan duit anda terbang untuk repair lappy tersebut, selain daripada segala isi berharga lappy anda hilang.

Catat Ulasan

0 Ulasan