Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Apa khabar semua? Mesti best kan korang semua (budak-budak U) bercuti... dikala ramai pelajar sedang berseronok di kampung halaman masing-masing, TK masih berada di kampus yang jaraknya kira-kira 500 km dari rumah...
Ramai tanya kenapa TK tak balik, maklumlah sebab ini kali pertama tak balik waktu midsem break. Sebab sayang sangat tempat ni ke? Sebab boyfriend pun tak balik ke? Eh, tetiba je... Boyfriend pun TK belum ada lagi. Hehe~ Sebabnya mudah je, lepas cuti ni je TK diserang oleh exam, assignment yang perlu dihantar, dan waktu cuti ni TK kena pastikan yang segala kerja makmal FYP siap. Sebab supervisor TK nak tengok perkembangan tesis.
Bosan juga ni... sebab TK pun tinggal sorang2 je kat bilik ni. Sekarang ni tengah habiskan masa berlatih karakter cina. Tulisan cina tu...! Korang boleh? Hehe~ Hmm... Tetiba je TK rajin? Tak adalah, cuma tak mahu jadi macam minggu lepas, tak ingat karakter apa yang laoshi (cikgu) tunjuk kat depan...
Okay la... sampai sini je entri kali ni. Selamat bercuti kepada semua yang sedang bercuti tu ye... Kbai!!!
0 Ulasan
Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!