Jumaat, 29 Jun 2012

GUNUNG NUANG AKAN KU TAKLUKI!

* Entri ini sepatutnya dipublish minggu lalu, sebelum ekspedisi mendaki gunung… Harap maaf atas keterlewatan Cik TK…

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sekadar hiasan. Diambil dari Google.
Seperti yang telah pun Cik TK beritahu pada entri-entri yang lalu, salah satu aktiviti Cik TK sebaik sahaja Latihan Industri/Praktikal Cik TK tamat ialah mendaki gunung.

Macam-macam yang segelintir orang tujukan pada Cik TK. Ada yang tanya, “Kenapa nak naik gunung?”, “Buat apa? macam takde keje lain je”, malah ada yang kata buang masa la, bazir  tenaga la.. Macam-macam reaksi juga yang Cik TK terima.

Tapi bagi Cik TK yang sukakan adventure, aktiviti lasak, dan pengalaman baru, Cik TK rasa banyak benda yang kita boleh belajar. Malah aktiviti sebegini dapat membantu menguatkan ketahanan mental dan fizikal kita.

Kita boleh belajar macam mana nak menyesuaikan diri dengan keadaan di hutan/gunung yang tiada kemudahan telefon, internet, elektrik, dan sebagainya. Di sana Cik TK belajar untuk pasang khemah, tidur di hammock, masak dengan cara yang serba kekurangan, memanfaatkan segala sumber sekeliling dan macam-macam lagi.

Sebelum ni pun Cik TK dah pernah juga naik gunung, tapi untuk buat kajian, tak sampai puncak la. Waktu tu kami tinggal di chalet, makan di restoran, pendek kata segala kemudahan disediakanlah.

Dan kali ini Cik TK berpeluang untuk merasai pendakian gunung yang sebenarnya.. hehe~ Puncak Gunung Nuang! Cik TK datang!!!

Sekadar hiasan. Diambil dari Google.
Sekadar hiasan. Diambil dari Google.

Baca Selanjutnya ...

SAYA SAYANGKAN AWAK… OLEH KERANA ITU…

* Entri ini sepatutnya dipublish minggu lalu, sebelum ekspidisi mendaki gunung… Harap maaf atas keterlewatan CikTK…


Hampir 4 bulan kita berkenalan, kita mengharungi segala suka duka bersama… Segala susah senang kita tempuhi bersama, tidak kira hujan dan panas kita masih lagi sentiasa bersama. Tidak berpisah walau sekali.

Ketika awak sakit, saya merawat awak dengan penuh kasih sayang, sehingga awak sembuh dan dengan izinNya kita masih bersama mengharungi segala yang ada di hadapan.

Terima kasih awak, kerana sentiasa berada bersama saya, mengikuti saya ke mana saya pergi. Oleh kerana itulah saya sangat sayangkan awak…

Akan tetapi, tempat yang saya ingin pergi kali ini sunguh berbahaya untuk awak. Saya tidak mahu ada apa-apa yang buruk berlaku pada awak. Oleh itu, saya tidak mahu membawa awak kali ini bersama. Saya harap awak faham dengan keputusan saya demi kebaikan awak, sebab saya sangat sayangkan awak…


 Oh, kasut sukanku! Walau kita telah mengharungi pelbagai suka duka bersama, macam-macam rintangan kita telah lalui bersama; hutan, bukit, tasik, lumpur, selut, dan banyak lagilah, namun saya tidak sanggup untuk membawa awak untuk naik gunung. Saya risau trek naik gunung yang agak berbahaya akan menyakiti awak lagi wahai kasut kesayanganku.

Saya harap awak faham kenapa saya mencari yang lain… Bukan saya tidak setia, tapi ini demi kebaikan awak juga. Maafkan saya wahai kasut sukanku…


p/s: Ini kasut yang Cik TK dan kawan Cik TK pakai. Lebih sesuai untuk naik gunung. Kasut apa ni? Kalau nak tau, ini orang panggil kasut toreh getah. Biasa senang cari kat kedai hardware.


Baca Selanjutnya ...

Isnin, 25 Jun 2012

TAMAT SUDAH KEHIDUPAN SEBAGAI PELAJAR PRAKTIKAL!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Di sini Cik TK ingin mengisytiharkan bahawa kehidupan Cik TK sebagai seorang pelajar praktikal selama 4 bulan telah pun tamat! Lepas ni Cik TK boleh la kembali berblog dan menziarah blog-blog korang ya! 

Cik TK nak tulis pengalaman Cik TK sewaktu menjadi pelajar praktikal... Tapi TK tak dapat nak tulis panjang-panjang ni... Cik TK tengah letih-letih, suara pun hilang, sakit-sakit badan, dengan kaki yang sedikit tercedera akibat menjadi nangka yang jatuh gedebuk terjatuh sewaktu ekspidisi mendaki gunung semalam...

Nanti Cik TK akan update mengenai pengalaman Cik TK sebagai pelajar praktikal dan mendaki gunung ya! Sekarang ni Cik TK nak rehat dulu...!

Bye! Jumpa lagi dalam entri akan datang!

Lepas ni tak dapat jumpa dia ni lagi dah... hukhuk~ Bye bye Kuku si memerang...
Hehe~ Boleh agak tak kat mana Cik TK jadi budak praktikal ni???

Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 16 Jun 2012

EH? LAGI-LAGI ULAR...!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Hari ni Cik TK nak kongsi sesuatu yang Cik TK baru baca kat Cik TK punya Stats, part Search Keywords... haha! Sebelum ni tak pernah-pernahnya nak baca bende tu... Tetiba je rasa nak baca. Keputusannya adalah seperti berikut:


Tempat pertama dimenangi oleh kata kunci ULAR, tempat kedua ULAT, diikuti dengan KASUT TUMIT TINGGI dan yang terakhir sekali ialah Cynometra Cauliflora...!

Nasib baik tak ada orang cari benda yang pelik-pelik kat blog Cik TK ni kan...? Tahu tak kata kunci ni semua dari entry mana? Jom layan!


Hurm... Okbai!
Baca Selanjutnya ...

Ahad, 10 Jun 2012

ROTI JANTAN??? APA TU?

Assalamualaikum dan salam sejahtera…


Pagi tadi semasa Cik TK makan roti canai bersama kawan Cik TK di warung, kelihatan seorang mamat berbaju merah yang hensem mengalahkan Brad Pitt datang menuju ke meja di belakang Cik TK. Okay, Cik TK bukan nak cerita pasal mamat tu. Cik TK nak cerita pasal apa yang dia order.

Akak kedai tu berjalan perlahan ke arah mamat tu membawa sehelai kertas kecil bersama sebatang pen, lalu bertanya ‘Minum apa?’. ‘Kasi teh ais satu’, kata mamat tu. ‘Makan?’, akak tu tanya. ‘Roti jantan satu ye kak’, mamat tu kata.

Cik TK dan kawan Cik TK yang duduk dekat dengan mamat tu terus berpandangan sesama sendiri. ROTI JANTAN? APA TU?  Siriyes Cik TK memang tak pernah dengar.

Ingatkan kami je yang tak tahu. Rupanya akak kedai tu pun sama! ‘Apa itu?’, akak tu tanya kat mamat tu. Mamat tu terdiam sekejap. Lepas tu dia kata, ‘itu roti telur kasi 2 telur…’.  ‘Oh, cakap la roti telur dua!’, akak tu kata. Mamat tu sambung, ‘Bukan dua roti telur. Satu je roti telur, tapi time buat tu letak la dua telur!’

Oh, baru lah Cik TK dan kawan Cik TK faham. Itu rupanya Roti Jantan! Tapi kan, pelik la… Kenapa bagi nama roti jantan? Cik TK pun search la kat gugel, ada yang kata, namanya roti jantan sebab orang lelaki ada dua telur. Alamak! Cam lucah pula TK rasa!

Roti jantan dah ada. Lepas ni mungkin ada roti betina pula ek~ Haha!


Baca Selanjutnya ...

Sabtu, 9 Jun 2012

HURM... SESI PERKENALKAN ARTISKAH?

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian…

*Tiup…. Tiup…*

Haaacchuuuuu….!!!

Fuh, sudah lama Cik TK tak update blog Cik TK ni kan… Bukan apa, busy sikit dengan kehidupan sebagai seorang pelajar latihan industry a.k.a budak praktikal ni… Nak tahu Cik TK praktikal kat mana? Entri akan datang mungkin Cik TK akan ceritakan pasal tempat tu. Seronok praktikal kat situ. Dapat buat macam-macam, dapat pergi jalan-jalan juga... Hehe~

Dalam entri-entri sebelum ni ada Cik TK nyatakan bahawa Cik TK minat dengan lagu-lagu Jepun, dan tadi Cik TK baru je lepas tengok rancangan Animax Musix 2011 kat chanel Animax. Sangat jarang Cik TK dapat peluang nak tengok artis-artis kegemaran Cik TK kat TV… Biasa tengok kat internet je… Itu pun kalau Cik TK ada masa nak online~ Haha!


Animax Musix 2011 ni sebenarnya diadakan di Yokohama, Jepun pada 23 November 2011 dulu. Sekarang baru Cik TK dapat tengok. Waktu disiarkan di saluran Animax... 

Ini adalah antara mereka yang Cik TK minati yang Cik TK dapat tengok tadi:

KALAFINA

KOTOKO

SHOKO NAKAGAWA

CHIHARA MINORI

Diorang ni memang yang Cik TK dah kenal la... Dan melalui Animax Musix 2011 ni Cik TK dapat kenal beberapa artis baru. Err.. Bukanlah artis baru sebenarnya. Cik TK yang baru kenal mereka. Lagu yang mereka nyanyikan tu best juga la! Mereka adalah:

May'n

GRANRODEO

HIMEKA

Dan banyak lagi... Panjang lebar pula entri ni nanti... Dipendekkan cerita, berikut adalah senarai artis dan lagu-lagu yang dipersembahkan dalam Animax Musix 2011!

Shoko Nakagawa

1. Tsuyogari BEELZEBUB
2. Tsuzuku Sekai Tengen Toppa Gurren Lagann
3. Namida no Tane, Egao no Hana Tengen Toppa Gurren Lagann


Angela

1. Beautiful fighter Shikabanehime Aka
2. Shangri-La Soukyuu no fafner> 


RAMM feat. ayumi

1. Freedom Battle spirits Haoh


Marina Kawano

1. Morning Arch A Channel


May’n

1. Orfeu Anime UtanoPrince sama♪ Mazi LOVE1000%


Faylan

1. Anata Dake Mitsumeteru SLAM DUNK


Faylan×Sayaka Sasaki×ayumi

1. JOINT Shakugan no Shana II


HIMEKA

1. Adesso e Fortune Honoo to Eien Record of Lodoss War


Angela

1. Kimi no shiranai monogatari Bakemonogatari


GRANRODEO

1. Love Warrior Angelique Maren no Rokukishi
2. HEAVEN Koutetsu Jeeg


HIMEKA

1. Asu e no Kizuna Valkyria Chronicles


The Sketchbook

1. Rord SKET DANCE


Sayaka Sasaki

1. ZZZ→Starting Again (medley) Nichijo→CARDFIGHT!! Vanguard


SeaA

1. DREAM SHOOTER CARDFIGHT!! Vanguard
2. DELI-DELIDELICIOUS Toriko


KOTOKO

1. Re-aublimity Kannazuki No Miko
2. Nanakorobi YaokiShijo syugi! Hayate the combat butler
3. Open! So Ra No Wo To So Ra No Wo To(Sound of the Sky)
4. Light My Fire Shakugan no Shana


Minori Chihara

1. Paradise Lost GA-REI -zero-
2. TERMINATED Horizon on the Middle of Nowhere
3. Yasashii Boukyaku The Disappearance of Haruhi Suzumiya
4. Round dance -revolution Revolutionary Girl Utena


Shuhei Kita

1.Sekai de ichiban koishiteru→Sekai no hate ni kimi ga itemo (medley) Sekai-ichi Hatsukoi→Sekai-ichi Hatsukoi 2


Faylan

1. mind as Judgment CANAAN
2. Blood teller Future Diary


Kalafina

1. overtureMagia Mahou Shojo Madoka Magika (Magical Girl Madoka of the Magus)
2. Kagayaku Sora no Shiizima niha (Silence in the Shining Sky) Black Butler II


May’n×KOTOKO×GRANRODEO

1. SWORD SUMMIT Sengoku BASARA 2


May’n

1. only my railgun Toaru Kagaku no R─ôrugan(A Certain Scientific Railgun)


SeaA

1.Platinum Cardcaptor Sakura


Shuhei Kita×Marina Kawano×Konomi Suzuki

1. Over The Future Zettai Karen Children (Absolutely Lovely Children)


Shuhei Kita×The Sketchbook

1. Butter-Fly Digimon adventure


angela

1. Secret baseKimi ga kureta mono Ano Hi Mita Hana no Namae o Bokutachi wa Mada Shiranai


Minori Chihara

1. Anna ni issho dattanoni Mobile Suit Gundam SEED


GRANRODEO

1. INVOKE Mobile Suit Gundam SEED


Kalafina

1. nowhere MADLAX


Shoko Nakagawa×Kalafina

1. Tsuzuku Sekai Tengen Toppa Gurren Lagann


Shoko Nakagawa

1. Bouken desho desho The Melancholy of Haruhi Suzumiya
2. Hikari to Kage wo dakisimetamama Magic Knight Rayearth


KOTOKO

1. Sobakasu(Freckle) Rurouni Kenshin / Samurai X


Minori Chihara×angela

1. ETERNAL BLAZE Magical girl lyrical NANOHA A’s


May’n

1. Scarlet Ballet Aria the Scarlet Ammo
2. Kindan no elixir Macross F
3. Moshimo kimi ga negaunonara Valkyria Chronicles 3Game soft for PSP
4. Universal Bunny Macross F
5. Ready Go! Okamisan and seven companions
6. Brain Diver Phi Brain: Kami no Puzzle


All artists session

1. Odoru Pompokolin (Dancing Pompokolin) Chibi Maruko-chan






Baca Selanjutnya ...