Rabu, 2 Mei 2012

JUJUR, AKU MERINDUIMU….



Setelah sekian lama kita berdua tidak bertemu, entah kenapa aku sentiasa berharap agar dapat bertemu lagi denganmu… Aku berharap agar aku dapat berbicara lagi denganmu… Aku sentiasa berharap agar dapat mendengar suaramu lagi… Jujur, aku sentiasa mengharapkan kemunculan dirimu lagi… 

Masih aku teringat, perbualan dan sms terakhir kita berdua… walaupun cuma mengenai perkara-perkara remeh, mengingati saat itu dan saat-saat yang kita lalui sebelumnya sudah cukup membuatkan aku berasa sungguh gembira dan bahagia…

Kini, dikala aku sedang memerlukan seseorang, sangat sangat memerlukan seseorang… Aku begitu berharap dirimu muncul di hadapanku…Namun aku sedar, aku tau ianya mustahil… Jarak antara kita begitu jauh…

Pada malam yang disinari cahaya bulan yang indah ini, adakah engkau sedang melihat  langit yang aku sedang lihat ini…?  

Okay! Cukup…! Apa kejadahnya yang Cik TK tulis ni…? Segannya Cik TK kalau si dia baca… (nasib baik si dia tu tak tahu Cik TK ni ada blog… hehe~) 

2 ulasan:

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!