Rabu, 22 Februari 2012

DAY 3: BENDA YANG ANDA SELALU BUAT SEBELUM TIDUR

Sebelum tidur? Biasanya Cik TK baring atas katil, tutup mata, dan apa lagi? Dibuai mimpi indah dah~ Tamat cerita! 

Okay, gurau je… Cik TK ni bukan jenis yang senang nak tidur. Maka, sebelum Cik TK tidur biasanya Cik TK akan membaca. Baca je segala apa yang ada disebelah katil Cik TK. Ada apa sebelah katil Cik TK tu? Sebelah katil Cik TK ada satu rak buku yang penuh dengan majalah, novel, dan manga. Tahu tak manga tu apa? Komik Jepun la… Hehe~

Kalau korang nak tau, Cik TK akan baca sampai tertidur. Jadi Cik TK akan tidur dengan buku-buku sekali. Time banyak kerja pula, dengan buku-buku, dengan lecture note, dengan segala kerja Cik TK bawa tidur sekali… Akibatnya, pagi-pagi bangun tengok kertas-kertas kerja, buku, semua konyot-konyot da~ hukhuk~



Tapi kalau time tu rasa macam malas nak membaca pula, Cik TK akan main game dalam handphone sampai tertidur…




Lagi dalam CABARAN 30 HARI...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!