Tertarik dengan lakonan Atsuko Maeda sebagai Kyuuto, watak gadis robot dalam drama Q10... |
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua…
Pejam celik pejam celik tetiba je dah masuk hari ke lima dah dalam tahun 2012 kan… Minggu pertama dalam tahun baru ini Cik TK habiskan masa bergelumang dengan movie marathoning buku-buku dan lecture notes sebab sejak 1 Januari lagi Cik TK dah mula ‘berperang’ dalam dewan kuliah. 1 Januari, dikala semua orang sibuk bercuti menyambut Tahun Baru, Cik TK terpaksa berhadapan dengan kertas-kertas peperiksaan… Huhu~
Tapi, Alhamdulillah la 2 paper dah settle… Tinggal 4 je lagi.. Dan Cik TK sekarang ni berada dalam minggu ‘study week ke-2’ sebab paper seterusnya 11 Januari… Jadi, Cik TK nak manfaatkan waktu yang ada ni untuk ulangkaji 4 subjek lagi…
Minggu pertama tahun 2012 ini macam-macam yang dah berlaku. Bukan setakat peperiksaan, minggu ini juga kami perlu meng-confirm-kan tempai LI (Latihan Industri/praktikal) masing-masing… Disebabkan Cik TK dan beberapa orang kawan Cik TK ditempatkan si tempat yang kami tak mahu, maka kami berusaha untuk menukar tempat LI kami.
Tapi macam-macam masalah pula yang berlaku dan segala apa yang berlaku membawa kepada keputusan untuk kami terpaksa terima sahaja tempat yang telah ditetapkan sebelum ini. Nak buat macam mana, kami pun pasrah dan redha je la. Salah seorang kawan Cik TK kata, “Mungkin dah takdir kita buat LI kat situ. Mungkin ada hikmahnya”.
Mungkin juga kan. Pikir positif je la. Mana tahu di sana nanti banyak perkara yang menarik dan seronok akan berlaku kan..?
p/s: dah kena mula cari rumah sewa la ni… hukhuk~ Siapa tahu rumah-rumah yang nak disewa sekitar Dengkil atau Banting?
6 Ulasan
Gud Luck cik tetikus merah! :P
BalasPadamall d best ye..final dah ek..salam kenal..singgah balas kunjungan...
BalasPadam@ mySara
BalasPadamtengs!
@ Tiramisu Fatiema
tengs fatiema... salam kenal juga...
LAMA KAK BUI TAK SINGGAH SINI..HUHU
BalasPadamGUD LUCK YER..TRY YOUR BEST
LI di banting heh?? wahhh, agak cerok jugak tempat tu... tapi takpe2, goodluck dear :)
BalasPadam@ kak Bui Junaidi
BalasPadamtengs, kak... TK tinggal lagi 3 paper je ni.. tak sabar dah nak balik...
@Nurul Ain
Yup, sekitar sana... tu la... agak cerok gak la.. dengarnya sekitar tempat LI TK tu tak de bas awam, nak sewa rumah pun yang terdekat dari tempat LI TK dalam 5km gak la... huhu~ T.T
Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!