Advertisement

VIRUS DAN HANTU…

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Kebelakangan ni banyak tersebar di laman muka-buku (Facebook la tu…) bahawa konon-kononnya tersebar sejenis virus yang menyerang melalui chat…

Ini diprintscreen dari FB kawan... Klik untuk tumbesaran...

Oleh kerana risau pada adik Cik TK yang tidak berapa nak ambil peduli dengan keselamatan komputer (maklumlah, budak kecil lagi…), Cik TK bimbang sekiranya lappy Cik TK terkena virus berkenaan (sebab adik Cik TK ni guna lappy Cik TK), maka sebagai seorang kakak (dan pemilik lappy berkenaan) Cik TK bertanggungjawab untuk memberitahunya supaya berhati-hati dengan perkara sebegini…

Malam semalam, sewaktu Cik TK sedang mengajar adik Cik TK (dipanggil Z, bukan nama sebenar) itu Matematik kebetulan parent Cik TK sedang keluar. Tinggallah Cik TK berdua dengan adik Cik TK tu. Kebetulan pula lagi cuma lampu ruang tamu saja yang menyala. Kelihatan dapur dan bilik yang pintunya terbuka dalam keadaan gelap…

Maka, ‘operasi’ pun bermula…

TK : Z, tau tak sekarang ni kan kat FB ade virus jenis baru tau…
Z : (gaya buat-buat tak peduli…) Jadi?
TK : Takda apa… Saja nak suruh Z hati2 je… Takut terkena pulak… Nanti, kalau tetiba ada orang, tak kira la siapa pun kan, kalau dia tulis “Hi.How are you?” jangan balas tau… (sambil tulis ayat tu kat sehelai kertas)
Z : Hmm… Ye la… Orang tengah buat kerja ni… Tak siap nanti cikgu marah la…
TK : Iye, kakak tak kacau pun… Faham tak kakak cakap tadi ni?

(Cik TK rasa macam tak berjaya je ni… Hmm, nak takutkan dia la… hihi~ *senyum jahat*)

TK : Walaupun kat chat tu nama kawan Z yang keluar, jangan balas tau… Tu sebenarnya bukan kawan Z tu… dia menyamar je jadi kawan Z tu…
Z : (mula bagi perhatiaan) Bukan kawan? Macam mana pula boleh jadi bukan kawan?
TK : Dia menyamar la jadi kawan … Dia tu boleh tukar rupa tau… (Ok, part ni dah mula merepek)
Z : (muka macam dah mula takut) Kalau balas apa jadi…?
TK : Kalau balas kan, lagi-lagi time malam jumaat macam ni, nanti kat chat tu dia suruh Z tekan link yang dia hantar tu... Pastu, time tu la dia hantar benda tu…
Z : Benda ape dia hantar tu? Virus tu ke?
TK : Yup, virus tu la… Kalau tekan kan, tau tak apa jadi? nanti kan, keluar… (buat gaya menakutkan…)
Z : Keluar apa?
TK : Keluar satu benda… (sambil tunjuk ke arah dapur yang gelap, dan Z pun pandang ke dapur) muka dia menakutkan, time dia muncul tu kan dia buat bunyi yang betul-betul akan buat Z takut~ macam ni! HIARGGHHH…!!!!
Z : (Terkejut, mungkin) MAMA..!!! TAKUT!!! ADA HANTU!!!

Lepas tu, ibu bapa Cik TK balik, adik ngadu dan terus Cik TK pula kena marah. Huhu~

Hahaha! Pulak dah~ Boleh pulak jadi macam ni ek… Daripada cerita pasal virus, tiba-tiba jadi cerita hantu pula. Korang jangan tiru apa yang Cik TK buat ni ek… Nanti tak pasal-pasal kena marah pulak dengan mak ayah korang…




Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. hahahahha~~ lawak lak TK nih..hihi..melarat2 sampai hantu la pulak..siap tkutkan adek plak tuh..hihii

    BalasPadam
  2. kesian adik kena sakat..x baik taww..hehe..*_*

    BalasPadam
  3. hehe... kejadian ni btl ke. adik drjh brapa?

    BalasPadam
  4. haha..biasa nyakat adik ea..hehe

    BalasPadam
  5. EEE.. nakal betul la..hu3..

    http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Cik Purple Pinkypuff >> oh, itu perkara biasa...

    Bui Junaidi >> hehe~ memang tak baik... tapi seronok...

    Muhammnad Burn >> cerita betul la ni...

    op anaz >> biasa la tu... tu la tugas seorang kakak, nyakat adik...

    nazira >> hehe~

    BalasPadam
  7. ahaha.. budak kecik mmg takut lau hantu2 ni..

    BalasPadam
  8. haha.baru aku tau virus tu hantu.nice blog.apa maksud TK tu?tikuskatak?

    BalasPadam
  9. heheh jgn dilayan bnde cmtu .. virus2 ^^

    BalasPadam
  10. mumui >> biasa la tu... nama pun budak...

    KiD >> thanks... pasal maksud TK tu.. Hmmm... ntah la.. sebeb TK memang dah guna nama TK ni sejak kecil lagi... tak ingat la maksud dia apa...

    alif haris >> hehe~

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!