(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Saturday, 28 September 2013

RESEPI: SATE UDANG / UDANG BAKAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hari ni Cik TK nak kongsi sikit cara nak buat sate udang. Macam jarang dengar kan? Biasanya sate ayam dan sate daging. Klik sini untuk resepi sate ayam. Hidangan kali ni boleh dikatakan macam udang bakar juga la. Ia boleh dimakan begitu sahaja, atau dijadikan lauk.


Bahan perapan:
15 ekor udang saiz agak besar
1 biji limau nipis – perah airnya
Garam secukupnya

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 batang cili merah
1 inci halia
1 batang serai
Sedikit serbuk kunyit
2 helai daun limau purut
Garam dan gula secukupnya
2 sudu makan sos tomato

Lain-lain: Lidi sate – pastikan bersih

Cara buat:
  1. Perap udang yang telah dibersihkan dengan air limau nipis dan garam selama 1 jam di dalam peti sejuk.
  2. Kemudian cucuk udang dengan lidi. Kalau panjang sangat boleh potong lebihan lidi tu. (Gambar 1)
  3. Semua bahan kisar itu ditumis hingga wangi.
  4. Kemudian, masukkan udang bersama lidi. Masak sehingga berubah warna. Ketepikan. (Gambar 2)
  5. Udang itu kemudiannya dibakar sehingga betul-betul masak. Ketika membakar boleh merenjis lebihan tumisan pada udang. (Gambar 3)
  6. Sedia dihidang.


Selamat mencuba!

Gambar 1: Udang dicucuk lidi setelah 1 jam diperap

Gambar 2: Udang dimasak sehingga berubah warna 

Gambar 3: Sesi membakar!

2 comments:

Liza Razak said...

aduh..terliur pulak tgk sate udang ni..nanti bolehlah cuba sendiri :)

Cik TK said...

silakan... rugi kalau x cuba tau...! =)