(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Thursday, 4 April 2013

Mobile Testing...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

*tiup...tiup...*

Fuh... bersawang sungguh! Lama tak ziarah blog sendiri ni. Agak sibuk kebelakangan ni. Juga sebab beberapa faktor lain yang tak dapat dielakkan.

Ni pun TK update daripada handphone, baru je install aplikasi blogger tadi... dan curi-curi online dalam kelas. Hehe~ Seriously, kelas management ni bosan.

Pakai apps ni bagus juga, sebab senang nak update kat mana-mana pun, yang penting ada line internet. Tapi TK perasan ada juga sedikit kekurangan. Contohnya alignment tak boleh nak adjust, gambar tak boleh nak susun sesuka hati... dan TK belum habis explore lagi. Tak boleh nak komen panjang-panjang la kat sini.

Tapi ada juga kelebihannya. Boleh update secara offline! Maksud TK taip apa yang patut dan simpan dalam draft. Dapat je internet terus publish. Itu bagus juga. Waktu tiba-tiba dapat idea nak update boleh taip terus dan simpan. Hehe~

Okay la. Setakat itu sahaja lah update kali ini. Lain kali TK update lagi ye... hehe~  Kbai!!!
P/s: sekadar hiasan... pemandangan di luar tingkap bilik TK... 'meriah' dengan pokok getah, pemandangan orang menoreh getah dan tupai melompat-lompat.

No comments: