(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Sunday, 11 September 2011

BERLAGAK ATAU MINTA PENYEPAK?


Bermulanya semester baru hari ini (di negeri Pantai Timur ni mula hari Ahad ya!), pastinya kita bertemu semula dengan kawan-kawan yang kita sudah lama tidak jumpa kan, tidak kira yang sama kelas atau pun tidak… Dalam waktu cuti 4 bulan yang lalu bukan semuanya dapat berhubung kan? Malah waktu cuti ada yang terus lesap, tiada khabar berita…

Apabila bertemu semula, pastinya banyak yang ingin dibualkan... Betul tak? Biasanya perkara yang dibualkan adalah mengenai keputusan peperiksaan yang lepas, mengenai sambutan raya yang baru sahaja berlalu, dan sebagainya…

Memang seronok berbual mengenai perkara-perkara sebegini.

Tetapi, adakah seronok jika berlakunya situasi seperti di bawah ini?

Situasi 1:

A: Weyh, final hari tu ko dapat brape ek?
B: Urm, ok la... Biasa-biasa je… (Tak berminat nak cakap pasal result)
A: Ko tau, aku punya result teruk dowh! Menurun sikit la… Mak bapak aku marah aku pasal result aku menurun…!
B: Ko kan pandai! Selalu result gempak punye…! Takkan jatuh teruk kot?
A: Beza 0.3 je banding sem sebelumnya…

Aduh~ Beza sikit je tu… TK pun tak faham kenapa nak kecoh sangat pasal ni~? Orang lain dapat lagi teruk dari itu tak kata apa-apa pun…

Situasi 2:

G: J, raya hari tu cam ne?
J: Macam biasa je… Setiap tahun macam tu la…
G: Oh, ye ke? Aku pulak kan, ada baju raya 5 pasang, pastu kasut raya 2 pasang. Ko tau, aku dengan mak aku sempat wat 3 jenis biskut raya, bla bla bla bla…. Pastu aku dapat duit raya sampai 376 ringgit! Aku rancang nak beli bla bla bla bla…

Waktu dengar perbualan kawan-kawan TK ni, TK rasa macam tengah dengar seorang budak sekolah rendah yang seronok bercerita pengalaman raya… Haha! Tapi rasa agak annoying la juga sebab dia bercakap tak henti-henti, dan rasa macam dia nak berlagak pun ada juga…

Situasi 3:

C: Ko tau, 4 bulan aku cuti aku rasa badan aku ni macam dah gemok sangat dah… Tu la, kat rumah asyik makan je keje aku… Semalam aku timbang naik 2.1 kg tau. huhu~ Lepas ni aku nak diet la…
B: Ko tu kurus macam lidi la weyh! Gemok amendenya!?

Part ni TK tak berapa faham… Badan sudah kurus, cantik tapi masih mengatakan bahawa mereka itu gemuk. Adakah mahu rupa macam tulang rangka baru nak kata kurus!? Ke dia ni nak kata yang TK ni gemuk!? Mentang-mentang la TK ni berisi banyak terlebih berat sikit..! 

Hurm... nak tunggu kurus cam ni dulu kot baru kata kurus...
Jadi macam mana? TK tak tahulah nak kelaskan mereka ni dalam golongan yang macam mana… Apa yang TK tahu, mereka ni cakap macam ni pasal nak minta penyepak free... Setuju?

p/s: Semester baru bermula, maka bermulalah cabaran yang baru dan lebih mencabar... 

5 comments:

Bui Junaidi said...

sabar2..layan jer luahan perasaan dorang yg tak reti bersyukur tu..hihihi...

TK said...

@ Bui Junaidi
memang TK sabar pun.. cuma berharap, mereka lebih menghargai apa yang mereka ada...

Ini Kisah Tia said...

setuju . paling bangang Tia rasa yang tang asyik kata diri gemuk . pipi tembam lah . euwh! bajet chubby konon .. sumpah menyampah .. padahal badan keding je

TK said...

@ Ini Kisah Tia
betul tu... badan dah sangat kurus dah tu... boleh pulak dia kata dia tu gemuk, di hadapan orang yang agak gemuk! tak baik betul la...! geram!

~ku hanya seorang insan~ said...

TK ade Fb?..nti Antar la E-mail kt Shout box sye..ley la sye add..=)