Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Lama Cik TK tidak buat entri mengenai makanan kan? Hari ini Cik TK terasa nak menaip tapi tak tahu nak taip apa, maka untuk entri kali ini Cik TK nak bercerita sikit mengenai makanan.
NASI
Nasi ni makanan ruji kita rakyat Malaysia. Kita boleh tengok pelbagai menu nasi yang wujud di sekeliling kita. Nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, pelbagai jenis nasi goreng, nasi dan pelbagai jenis lauk dan sebagainya. Bila sebut pasal nasi, ada sesuatu yang Cik TK kurang faham. Walaupun nasi adalah makanan ruji kita, tapi Cik TK selalu cepat bosan dengan nasi. Tak tau la kenapa. Maka Cik TK akan cari menu lain selain daripada nasi sekali sekala sebelum kembali kepada nasi. Sebab tu kadang-kadang Cik TK upload pasal buat pizza, spagetti dan sebagainya. Kepelikan dan keanehan je Cik TK ni kan? Rasa kagum dengan mereka yang suka makan nasi tiga kali sehari. Apa la tiba-tiba Cik TK ni bebel pasal nasi 😅
PUTU MAYAM
Semalam Cik TK tiba balik dari kerja, masa tu dah 11.30 malam jugalah. Seperti kebiasaannya, tiba dirumah terus intai meja makan. Ternampak ada putu mayam. Eh, putu mayam? Dua jenis pula tu, warna putih dan warna hijau. Rupanya papa dapat dari surau masa Isyak tadi. Lepas tu apa lagi, lama tak layan putu mayam ni! Terus Cik TK makan putu mayam tu. Disediakan sekali bersama gula perang dan kelapa, Cik TK gemar makan hidangan ini bersama gula perang. Bagi yang berwarna hijau, ianya ada rasa pandan. Cik TK tak ingat kalau pernah makan putu mayam yang lain selain versi yang putih. Tapi yang ada rasa pandan ni, juga enak! Haha entah kenapa la Cik TK bercerita pasal putu mayam tiba-tiba. 😅
Tadaa inilah dia, pedulikan lauk-lauk lain dibelakang tu. |
8 Ulasan
sedap, putu mayam tu akak suka makan waktu panas-panas lagi, macam lagi lembut gitu di mulut
BalasPadamHehe kannn!
PadamKalau di beri pilhan, antara nasi dan putu mayam, Sis pilih putu mayam hehehehe
BalasPadamHahahha samaa!! Sep sikit sis!
PadamLama juga tak pekena putu Mayam.
BalasPadamHehe boleh start cari tuuuuu
PadamDah lama tak makan putu mayam. Susah nak dapat sekarang :(
BalasPadamKan... Mavam jarang jumpa sekarang
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!