Advertisement

RANDOM: UDON, RAMEN DAN KUCING BERTUAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Rasa macam lama beberapa hari tak muncul di sini! Tersangkut dengan pelbagai urusan yang membuatkan Cik TK kurang bermain di alam maya. Lepas tu bila ada masa, tiada ilham nak menulis. Lepas tu bila tengah berada pada masa yang tak sesuai seperti di dalam tandas, idea nak menulis datang dan hilang lepas keluar toilet. Nampak tak alasan tu? Hahaha! Okay, hari ini pun tiada idea sebenarnya tapi nak juga menaip, maka kita gunakan gambar yang ada di handphone ya!


UDON

Rasa lama tak makan udon. Sebelum ni pernah sekali makan menu udon di Sushi King. Pernah juga rasa dijual di Food Market Isetan. Dan paling banyak kali rasa, yang diri sendiri masak (beli di pasaraya mi udonnya, lepas tu masak). Walau rasa tak sama, bantai saja lah. Cik TK memang selalu buat eksperimen dirumah. Maka terjadilah udon tomyam putih la, udon sup daging la, udon goreng la dan macam-macam lagi.

Tapi beberapa bulan ini, tak terasa nak beli udon. Jadi rasa lama juga tak makan udon. Bila Encik L ajak makan mi di food court suatu mall ni, ternampak menu udon blackpepper. Terus terasa nak try. Sedapnya rasa! Gabungan rasa udon goreng dengan rasa blackpepper tu mengancam! Nanti rasa macam nak buat eksperimen dirumah nak buat rasa seakan macam ini pula! 

Udon blackpepper for me. Menu Encik L ni tak ingat pula udon apa.


RAMEN

Sama kisahnya dengan udon, lama juga tak layan. Tiba-tiba waktu rehat hari ini nak makan ramen. Maka laju sajalah menuju ke food court memesan menu 'Kare Ramen' di gerai makanan hidangan Jepun. Menu-menu lain yang ada seperti gyoza, tempura dan pelbagai hidangan ramen serta bento. Banyak pilihan sebernarnya. Tapi kare ramen ini antara kegemaran Cik TK. Ianya didatangkan sekali dengan teh hijau panas.


Kare ramen



KUCING BERTUAH

Kalau di Jepun, kucing bertuah ini dipanggil 'maneki neko'. Hehe itulah destinasi yang Cik TK tuju baru-baru ini. Manekineko Malaysia. Pusat karaoke ini datang dari Jepun. Ada beberapa cawangan ada di sekitar Lembah Klang ini. Contohnya di EkoCheras Mall, Sunway Putra, Sunway Velocity, Paradigm Mall dan Central i-City. 

Lama tak layan karaoke, jadi boleh la layan sekali sekala. Oh ya, walaupun pusat karaoke ini datang dari Jepun, bukan lagu Jepun sahaja yang ada di sini. Lagu bahasa melayu, inggeris, korea, cina ada juga di sini. Macam Cik TK, sudah semestinya suka cari lagu Jepun dulu (para pembaca yang mengikuti perkembangan Cik TK sudah sedia maklum Cik TK memang suka layan lagu Jepun).


Cawan kertas, jajan, hand sanitizer, wet tissue dan mic cover disediakan dalam bakul.
Bilik juga disanitasi selepas digunakan.


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. sedapnya udon blackpepper tu...

    BalasPadam
  2. alamak kkta x tau nape kita xbole nak telan udon or ramen jepun ni hehehe

    BalasPadam
  3. Ingatkan kucing Cik TK tadi, rupanya pusat karaoke hahaha baruku tahuuuuuuuu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe sebab nama dia memang manekineko (kucing bertuah)

      Padam
  4. Puas cari gambar kucing, tapi tak jumpa

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe maaf wak, terbagi harapan palsu di situ...

      Padam
  5. Teringin hendak cuba udon. Ramen anggap makan Samyang. Hehe.

    BalasPadam
  6. Lapaq pulak baca entry ni hehee

    BalasPadam
  7. hahahaha comel pulak microfon tuu ehhh

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!