Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Okay ini kisah malam tadi. Kami adik beradik tak nak makan nasi untuk makan malam. Maka kami hasut parents join sekali makan mi goreng korea. Alaaa yang jenama Mie Sedaap tu, paket warna hitam. Sebelum ni Cik TK pernah share pasal Mie Sedap Korean Spicy Soup kan... Yang itu paket merah. Kali ini versi goreng pula! Eh Cik TK lupa nak snap gambar bungkusan mi tu. Mie Sedaap Korean Spicy Chicken namanya.
So hasilnya selepas tugas menghasut, kesimpulannya semua pun join saja plan ini. Kami ramai-ramai berlima makan mie sedaap korea ni. Hehe sporting parents Cik TK ni! Untuk pengetahuan kalian semua, ada 2 tahap kepedasan untuk mi ini. Sama macam yang versi supnya. Ikut selera masing-masing nak pedas tahap mana. Biasa-biasa tahap 1 (pedas lazat). Lagi pedas tahap 2 (pedas gila).
Antara kami berlima, hanya adik-adik bujang Cik TK yang berdua itu saja layan kepedasan tahap 2. Cik TK bersama parents ni layan tahap 1 sudah cukup bagi kami. Time hidang tu hias kasi cantik sikit. Potongan daun sup (tak jumpa mana daun bawang, jadi hentam je la), hirisan sosej goreng, potongan cendawan hitam yang telah direbus dan tak lupa juga. Kepingan cheese untuk yang berminat.
Rasanya sedap! Sesuai namanya. Pada Cik TK yang hanya makan tahap satu, pada Cik TK rasanya tak begitu pedas. Sedang-sedang saja. Tapi menurut ayah Cik TK, ianya terlalu pedas. Maka apa yang Cik TK dapati di sini ialah untuk orang yang tak tahan pedas ini kena kurangkan sikit penggunaan cilinya. Bagi adik-adik Cik TK yang suka pedas pula, mereka kata kepedasan sebegitu masih rileks lagi, boleh chill-chill lagi. Kesimpulannya, tahap pedas itu sila ikut tahap mana diri sendiri boleh tahan ya!
24 Ulasan
Belum cuba lagi mie sedap korea pedas ni. Dapat rasakan pedas dia macamana. Suka makan pedas tapi pedas maggi ni lain macam pedas dia. tak boleh bawak bincang.
BalasPadamHuhuuuu kan... Kadang dia pedas tu tak leh tahan! Contoh macam samyang! Memang tak boleh nak bawa bincang tu
PadamSamyang tu pedas giler. memang tak tahan. plus, samyang kurang rasa. dia pedas semata mata. sedap lagi mee sedap pedas ayam bakar tu. dia pedas dan ada rasa citarasa malaysia lah katakan :)
PadamSetuju! Kalau samyang tu, Cik TK boleh makan yang paket pink setakat ni. Yang itu okay! Tak pedas sangat.
Padamni sedap! tapi pedas i can not tahan huhuh
BalasPadamKurangkan cili dia atie kalau nak makan yang ini. Tahap satu pun kira pedas untuk orang yang tak tahan pedas
Padamakak dah cuba beberapa kali, bila letak chhese nampak lagi bestla...
BalasPadammie ni sedap tapi tak sepedas samyang atau maggi pedas gila
Haha betul! Letak cheese memang rasa dia sangat best!!
PadamSamyang tu sangat dahsyat pedas dia. Cik TK boleh makan yang pink tu je setakat yang pernah try (belum cuba semua flavour lagi).
kalau saya confirm tak habis huhuk
BalasPadamKak syaz tak makan pedas ya...
PadamHaritu dah pegang dah mie sedap ni kat kedai. Tak teringat nak beli pula. Hukhuk.
BalasPadamHehe next time next time!
Padamkalo yg korea pedas2 ni husband and anakdara suka la..maknya tkleh mkn pedas
BalasPadamUiii suka la diorang melayan benda2 korea ni..!
PadamDapat rasa pedas sikit-sikit pun dah ok kalau PC. Suka pedas, mulut tahan tapi perut tewas selalunya. Aduh.
BalasPadamCik TK faham.. Kadang pedas sangat pun bahaya, boleh buat keluar masuk toilet!
PadamAnak-anak bujang suka yang tahap pedas gila. Diorang selalu offer Kak Amie untuk makan. Pernah sekali cuba sesudu. Mak aaiii...mau pengsan rasanya! Pedas nak mampuihhh heheheee.
BalasPadamTahap pedas gila ni Cik TK pun tak tahan kak amie.. tapi adik2 rileks je makan.. huhuhuuuu
Padamkalu sy mmg x laaa.. surrender awal2����
BalasPadamFaham faham.... Cik TK pun berani letak sepeket je cili dia..
PadamKalau pedas sgt xmampu rasanya..alih2 ke tandas hahaa ^^
BalasPadamHahaha kita sama! Kalau pedas sangat kan, nanti boleh lari-lari masuk keluar toilet!
Padamsetakat ni tak jumpa lg perisa ni.. boleh cari nanti dlm shopee
BalasPadamSilakan silakan... selamat mencuba!
PadamJangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!