Advertisement

WAJAH BARU, BUKAN MERAH HITAM LAGI DAH?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terasa lama sudah Cik TK tak online. Agak sibuk kebelakangan ini dan beberapa entri yang baru-baru ini pun kebanyakannya scheduled publish saja. Nak ziarah teratak rakan-rakan sekalian pun Cik TK tak berapa nak sempat. Cik TK akan cuba cari masa yang sesuai. Siap sedia saja kalian semua kena terjah.. Hehe...

Malam tadi Cik TK tiba-rasa rasa nak tukar wajah baru untuk blog Cik TK ni. Selama ini, iaitu sejak terciptanya blog ini pada tahun 2011 Cik TK hanya gunakan tema merah dan hitam sahaja. Sesiapa yang dah lama follow Cik TK dari zaman masa baru wujud blog ini mesti perasan Cik TK sentiasa guna warna merah dan hitam. Gambar di bawah ini adalah rupa terakhir blog ini sebelum Cik TK tukar kepada tema yang sekarang iaitu warna ungu.


Kenapa tema baru ini menggunakan warna ungu? Sebenarnya Cik TK ada terbaca, warna ungu ini adalah warna versatile dan boleh menenangkan. Selain itu warna ungu juga dapat memberikan rasa nostalgia dan sentimental. Pernah juga terbaca sekali warna ungu ini boleh mengurangkan sakit kepala. Itu apa yang Cik TK baca. Kesahihannya tidak tahu la. Tapi itu yang membuatkan Cik TK tertarik.  Jadi saja nak cuba tema warna ni.


Walaupun rupanya sudah ada perubahan sebegini, Cik TK rasa masih belum kemas lagi dan perlu adjust something, tapi Cik TK tak pasti nak ubah di bahagian mana... Jadi apa pendapat kalian mengenai rupa baru ini? 


Catat Ulasan

25 Ulasan

  1. waaaa, so purple finally !!!!! happy december :)

    BalasPadam
  2. wahh sama la dengan kite.. purple hehe

    BalasPadam
  3. Warna cerah nampak ringan mata memandang...nice 😃

    BalasPadam
  4. Wah menariknya ^_^ sedap mata memandg warna skg ni cik TK :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe thanks kak shida! saja nak try warna lain pula

      Padam
  5. Sejuk dan luas mata memandang tak crowded kita suka..
    Kita ni jer yang tak berubah2 tetap dengan warna pink..
    Hakikat awal menulis blog dulu bukannya peminat tegar warna pink..
    Tak tahu lah macam mana boleh sangkut dengan warna pink ni..
    Hihihihihi

    BalasPadam
  6. aww sama la..kite pon tuka theme...comei nya ungu suka suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe tu la nampak kemas dan comel theme AD yang baru!

      Padam
  7. samalah kita. abe kie pun suka kaler purple. sampai umah pun dicat warna ungu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah ni baru peminat purple! rumah pun purple.

      Padam
  8. sesejuk mata memandang terasa bau lavender menusuk hidung... eh tiber... dlu masa muda² dlu kakmim pun suka merah hitam... sampai cabinet rumah pn nk merah hitam tp sejak dh semakin senior ni suka kaler² yg sejuk mata memandang pulak... kakmim suka purple ni.. on!

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah dulu geng merah hitam juga rupanya ya! geng!!!

      Padam
  9. Wah dah tukar warna nampak lebih menarik, semoga terus sukses di dalam dunia blogging :)

    BalasPadam
  10. Waalaikumussalam.
    Cantik rumah baru. Nyaman rasanya.

    BalasPadam
  11. Cik TK tak biasa pakai template luar. Pernah try sekali, tapi keliru. Mungkin sebab tak biasa. Next time Cik TK try template luar pula.

    BalasPadam
  12. Bagi Eza cantik je warna pastel macam soft purple ni. Eza baru follow masa wajah baharu ni. Tak sempat masa tema hitam merah. Hihi.

    BalasPadam
  13. Patutlah semacam pelik bila masuk sini. Dah bertukar rupa blog. Warna purple yang menarik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe tiba-tiba rasa nak letak warna purple hari tu..

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!