Advertisement

HADIAH TOP COMMENTATOR DARI JURNAL SHIKIN RAZALI SUDAH SAMPAI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat pagi Isnin semua! Moga tidak mengalami Monday Blues ya tidak kira yang WIO (Work in Office) mahupun WFH (Work From Home). Dan dengan kes yang masih meningkat ini, marilah kita semua duduk rumah dan keluar apabila perlu saja dan jaga diri semasa berada di luar ya! Sama-sama kita semua putuskan rantaian Covid19 ini!

Ini sebenarnya kisah dua hari lepas. Hari Sabtu tarikh keramat 12.12 yang mana pada tarikh ini sudah pasti ramai yang sibuk bershopping. Cik TK tak join sekali, sebabnya tiada keperluan untuk membeli barang. Satu lagi, bahaya bila skrol skrol dan skrol pelbagai aplikasi shopping tengok barang ni. Macam-macam barang yang menarik ada dalam tu, maka nanti sudah pasti akan terjebak sekali.

Alkisah pada tarikh keramat ini, sebuah parcel sampai atas nama Cik TK tapi bukan Cik TK yang ambil dari abang pos laju. Mama yang ambil. Dan kemudian mama tanya, "Shopping ke Fa (family panggil Cik TK ni Fa), ada barang sampai ni!". Blurr kejap. Barang yang order sebelum-sebelum (barang keperluan ni, bukan saja-saja shopping sebab sale) ini semuanya dah sampai. Mana ada beli barang lagi dah.

Bila belek parcel tengok nama penghantar, ada nama Kak Shikin Razali. Wah, rupanya hadiah Top Commentator untuk blog kak Shikin dah sampai! Terima kasih kak Shikin!! Moga murah rezeki akak!!

Excited, sebelum buka rasa-rasa dulu parcel ni. Macam buku. Kemudian, bila buka wah ada Set Planner 2021 Live Life to the Fullest di dalamnya! Menarik pula tu set planner ni, siap ada Financial Planner sekali. Di bawah CiK TK sertakan serba sedikit isi kandungan plannernya macam mana.

Terdapat set Planner 2021 Live Life to the Fullest dan nota
 
Berwarna warni dan banyak seksyen berfaedah seperti reading log, hukum tajwid dan sebagainya

Cantik! Selain itu ada juga disertakan kad nama dari kak Shikin. Untuk para wanita yang berada dikawasan Salak Tinggi, Nilai, Dengkil, Putrajaya dan Cyberjaya yang ingin mendapatkan khidmat urut terapi buang angin boleh menghubungi kak Shikin di blognya atau seperti yang tertera di bawah ini.


Bagi mereka yang masih lagi belum mengenali Shikin Razali boleh singgah terus ke blognya. Tekan saja laju-laju banner di bawah ini.




 

Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Balasan
    1. Alhamdulillah.. moga murah rezeki kak shikin...

      Padam
  2. Wah dapat planner merah jambu. Saya punya biru.
    Hehe.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. dah selamat sampai hadiah awak.. hope u like it.. terima kasih kerana selalu singgah ke jurnal akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. I like it!! Terima kasih akak!!! 😊

      Thanks juga akak selalu singgah ke blog saya..

      Padam
  4. wahhh best dapat hadiah..
    saya jugak belum post2 hadiah utk top commentators blog saya hehe..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah tahniah . Btw done follow cik TK #512

    BalasPadam
  6. cantik planner dgn calendar tu. tahniah cik TK :)

    BalasPadam
  7. Tahniah TK.. murah rezeki di hujung tahun

    BalasPadam
  8. Seronoknya dapat hadiah planner dari kak shikin. Alhamdulillah. Tahniah :)

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!