Advertisement

BOBA DIRUMAH SEKALI SEKALA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sesekali apabila bosan, kita buat macam-macam benda untuk menghilangkan rasa bosan dirumah. Baca buku, layan drama dan yang paling utama, makan! Cik TK rasa Cik TK macam asyik up entri masak-masak dan makan-makan je sepanjang PKPB ini dan Cik TK pun rasa Cik TK dah makin 'bambam'. Haha! Ini Cik TK rasa ianya betul apabila video call dengan sepupu dan dia kata Cik TK makin berisi! Sesungguhnya WFH kali ini sangat bahaya bagi Cik TK. 😅

Kali ini kami masak boba pula. Cerita beberapa hari lepas ni sebenarnya. Tapioca pearl ini beli di sebuah kedai bahan bakeri sebelum PKPB hari tu. Ada panduan cara memasaknya pada bungkusannya dan ikut saja panduan yang disertakan. Maka jadilah seperti di bawah ini. Tak adalah buat banyak. Ini tak sampai separuh paket pun.

masak-masak boba
Inilah rupanya selepas dimasak, bolehlah untuk kami bertujuh layan beberapa kali

Kemudian setelah siap boba nya kami buat saja apa-apa air dan letak saja boba di dalamnya. Buat milo atau neslo pun letak boba bahkan layan susu Everyday pun saja-saja letak boba! Saja mencuba dan sedap juga! Satu lagi yang Cik TK saja-saja cuba, letak dalam air asam jawa. Boleh tahan. Masam-masam manis! 

Ok, Cik TK memang sekali sekala suka buat benda pelik! Oh ya! Satu lagi, Cik TK tak buat minuman ni manis sangat, sedang-sedang saja. Manis sangat ni bahaya. Lebihkan manis dalam senyuman tak apa!

milo dan boba
Ini milo yang Cik TK letak boba di dalamnya
susu dan boba
Ini pula susu
air asam jawa dan boba
Dan yang ni, air asam jawa!


Catat Ulasan

31 Ulasan

  1. Nampak sedap tuh, beli macam ni boleh letak banyak2 dalam minuman kat rumah

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Sedap! Lagi buat suka hati sendiri nak rasa apa

      Padam
  3. wahhh menarik, puas makan boba ya
    kalau tak beli 1 cawan dah rm berapa la agaknya

    BalasPadam
  4. puas hati dapat masak seperiuk hehehe

    BalasPadam
  5. milo pakai boba udh saya coba, enak bner wkwkwk mantul

    BalasPadam
  6. Laaa... boleh buat sendiri ke benda ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kedai yang jual tapioca pearl ni uncle, online pun ada.

      Padam
  7. air asam jawa dgn boba! sedapnya.. dah terasa dekat tekak ni

    BalasPadam
  8. sedapnyaaaa boleh masuk dalam macam-macam minuman ni

    BalasPadam
  9. aduhhh.. sedapnya. minggu sudah, teringin sangat, terus order grab tealive. minggu ni anak2 minta lagi.. mak mampu geleng kepala je.. pengsan kalau tiap minggu mintak..

    BalasPadam
  10. Sesekali okay lah. Suka jenis boba letop tu. Boba macam ni jenuh nak mengunyah. kadang beli air tak nak letak boba. Wow rare tu letak boba dalam air asam jawa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah tak pernah try lagi boba letup! Nanti kena try ni

      Padam
  11. Senangnyanbuat sendiri boleh makan byk2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe manis juga tu mama, tak boleh banyak2 sangat

      Padam
  12. Memang lama kena masak baru jadi lembut dan hitam.
    Fattening juga ni . . .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa ini betul juga! Tak boleh makan ini banyak-banyak.. sesekali saja

      Padam
  13. anak suka la minuman boba especially TEALIVE...tp tk pernh try wat sdiri..ada tgk org share resepi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada juga Cik TK tengok orang share resepi. Tapi beli yang macam ni pun boleh tahan lama juga nak masaknya

      Padam
  14. Wah! air asam jawa buh boba..serius cik TK? ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saja-saja try.. 😅 perangai Cik TK ni memang kengkadang tu pelik sikit 😅😅😅😅

      Padam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!